Media beberapa hari lalu melaporkan kemvrkaan Istana Kelantan terhadap tindakan bekas isteri Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Gorbatenko yang membuat kenyataan anak yang baru dilahirkannya bakal menjadi putera mahkota Kelantan.
‘Apa sebenarnya yg sedang berlaku dan sampah apa yg ditulis oleh media’ – Rihana Petra mula bersuara |
Susulan itu, surat pengesahan percerraian pasangan terbabit turut tersebar di laman sosial. Sumber akhbar New Straits Times memaklumkan percerraian itu disahkan pada 1 Julai lalu, setelah difailkan pada 22 Jun.
ARTIKEL MENARIK: “Boleh buat DNA Test” – Terkesan Kenyataan Peguam Tuanku, Ini permintaan Rihana Oksana
Namun, sekian lama mendiamkan diri, Rihana tampil mempertahankan hak beliau kerana sering di pr0vok oleh pihak media.
Berikut tulisan terbaru Rihana ia akaun IG Miliknya
“Saya tertanya-tanya, apa sebenanya yang sedang berlaku dan ‘sampah’ apa yang ditulis oleh media bagi mensensasikan berita.
Pertamanya ketika mendapat tahu mengenai berita perceraian itu, saya dan Leon berada di rumah kami di Rusia. Saya tak menerima sebarang sepina atau surat mahkamah.
Keduanya, suami saya seorang Muslim yang baik, dia tidak akan membuat tindakan sedemikian tanpa pengetahuan saya.
Undang-undang Islam menyeru untuk melindungi wanita. Seseorang wanita mempunyai hak, dan seperti manusia biasa, walaupun berada di luar negara, dia perlu mempertahankan kedudukannya agar menjadi contoh kepada wanita lain yang berada dalam keadaan serupa.
Artikel-artikel terbaru yang disiarkan oleh media adalah tidak sah. Saya tidak akan tunduk kepada provokasi dan kekal berniat untuk mempertahankan maruah keluarga saya.
Berdiam diri membawa maksud saya mengiyakan kebohongan. Anak, keluarga dan seluruh dunia sedang melihat saya, dan saya tak berhak untuk mengalah.”
Selepas membuka akaun Instagramnya sendiri, Rihana Petra atau nama asalnya Oksana Voevodina sering berkongsi coretan mengenai kisah kehidupannya. Bahasa yang digunakan cukup jelas dan mudah difahami oleh pengikutnya.
Ramai memberikan kata semangat kepada beliau
Jika sebelum ini beliau pernah berkongsi mengenai detik pertemuan dengan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, terbaru Rihana berkongsi sedikit tentang rahsia peribadinya yang belum pernah didedahkan sebelum ini.
loading...
Pada tahun 2017, Rihana berpindah ke Kuala Lumpur dan selepas setahun kemudian dia bernikah dengan Sultan Muhammad V pada bulan Jun 2018. Dengan mengambil masa selama 5 bulan untuk membuat persiapan, pada 23 November 2018, majlis perkahwinan berlangsung dengan gilang-gemilang berkonsepkan gabungan tradisi Melayu dan Rusia di Dewan Barvikha di Moscow.
Sebenarnya, Rihana berkongsi perihal dirinya kepada pengikutnya bersempena hari kelahiran beliau pada hari ini 10 Julai 2019. Semoga Rihana dan keluarga barunya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezek serta dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin..
Antara sedutan rakaman dari video :
“Saya akan menjaga dia..”
“Saya mahu menjadi yang terakhir dalam hidupnya sehingga akhir hayat saya…” – Luahan hati Rihana Petra
Antara kata-kata dari Sultan Muhammad V mengenai hubungan mereka.
“Keutamaan dalam keluarga mestilah anak kita sendiri. Ini kerana merekalah yang bakal meneruskan legasi keluarga ..2 perkara lain yang penting bagi saya ialah passion dan understanding..”
“Ramai orang kata hubungan ini berkenaan cinta semata-mata. Ya betul, semuanya kerana cinta. Baguslah. Tetapi, selepas 15 dan 20 tahun, hanya passion dan understanding sahaja yang akan kekal menguasai hubungan…”
“Walaupun ada banyak hobi yang tidak kami lakukan bersama, tetapi kami ada banyak persamaan(persefahaman) yang serupa…” ujar Sultan Muhammad V dalam rakaman video yang dipaparkan laman sosial milik Rihana Petra.
Difahamkan video tersebut antara sedutan wawancara mengenai kisah hubungan mereka berdua. Ramai peminat meniggalkan komen dan menantikan versi penuh untuk mengetahui keseluruhan kisah mereka.
Sumber : IG RihanaPetra via tubeviral
Post a Comment