Dilanda pelbagai ujian dan de3rita sehingga rumah tangganya ruvntuh, bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid iaitu Intan Liana enggan terus berduka mahupun merasa fobia untuk berkahwin lagi.
“Aku Pun Ada Kehidupan Sendiri la, Bukan Dengan Dia Je” |
Bekas madu pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Saleh meluahkan rasa kesal terhadap segelintir individu yang masih mengaitkannya dengan kehidupan bekas suaminya, Ude Wahid.
ARTIKEL MENARIK: Dato Siti Mendedahkan Identiti Sebenar Wanita Yang Selalu Dilihat Bersama Siti Aafiah.
Jelas Intan, setiap posting di Instagramnya tidak ditujukan kepada mana-mana pihak apatah untuk meraih simpati.
“Caption macam ni pun ada nampak kita raih simpati ke atau buat orang komen bukan-bukan untuk pihak sana?
“Kalau rasa meIuat atau rasa saya jahat tak payah tengok IG saya senang cerita.
“Tak bermakna buat status ada kena mengena dengan orang sana.
“Please-lah saya pun ada kehidupan sendiri, bukan aku hidup dengan dia je,” getuus Intan menerusi ruangan Instastories hari ini.
Terdahulu dalam sebuah entri di Instagram, Intan berjanji untuk melakukan yang terbaik buat anak-anaknya yang masih kecil.
Meninjau ruangan komen pada entri terbabit, netizen rata-rata memberikan kata-kata semangat buat Intan dan mahukan pengadilan sewajarnya bagi pihaknya.
loading...
Malah, ada antara pengguna media sosial yang memetik nama bekas suaminya, Ude dan Izreen yang baru menimang cahaya mata baru-baru ini.
Penghujung tahun lalu, dunia hiburan gempar apabila Izreen membuat pengakuan terbuka menjadi isteri kedua kepada Ude, sejak 8 Ogos 2017.
Intan dan Ude bercerrai tal4k satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 22 Mac tahun lalu. Mereka bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1.
Aaron penyeri Izreen Azminda
RAMATIS popular Izreen Azminda selamat melahirkan anak pertama daripada perkahwinan kedua yang diberi nama Aaron Ibrahim Muhammad Radzi, di Hospital Seri Rampai Specialist, Sabtu lalu.
Pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Juvana itu turut berkongsi wajah Aaron di laman sosial instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Ketika dihubungi, Izreen berkongsi pengalamannya melahirkan Aaron yang mana mengalami kontraksi pada Jumaat lalu dan berlaku sedikit pendarahan.
“Sebaik tiba di hospital, doktor terus tahan dan memaklumkan sudah sampai masa untuk saya melahirkan serta tidak boleh tunggu lama.
“Aaron selamat dilahirkan jam 1.46 pagi Sabtu lalu dengan berat 2.85 kg,” katanya.
Menurut Izreen, suaminya yang juga pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude turut berada di sisinya.
“Saya gembira kerana sewaktu melahirkan Aaron, suami ada menemani untuk memberikan sokongan. Tidak seperti saya melahirkan anak pertama, bekas suami tidak dibenarkan masuk kerana pembedahan terpaksa dijalankan akibat situasi cemas.
“Ude sikit pun tidak rasa takut sewaktu doktor membedah perut saya. Alhamdullilah, semuanya lancar dan baik. Terima kasih buat semua yang mendoakan saya dan juga anak,” katanya.
Izreen dan Uda mendirikan rumah tangga pada Ogos 2017. Sebelum itu, Izreen bernikah dengan sutradara Muhamad Riza pada 2012 namun bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan terdahulu, Izreen dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Adrian Umar.
Sumber : Astrogmpak
Post a Comment