Nama pelatih pakar bedah Malaysia yang berada di London, Dr. Amalina Bakri meniti di bibir rakyat Malaysia apabila usahanya untuk menyelamatkan ny@awa Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi sembilan bulan yang menghidap tvumor pada bahagian mulut berjaya.
Timbul dakwaan doktor Malaysia tdk membantu utk meny3mbuhkan Ainul, Ini reaksi padu Dr. Amalina Bakri |
Sebalik kejayaan itu, timbul pula isu yang dibawa oleh sesetengah netizen yang tidak bertanggungjawab mempertikaikan dan mendakwa doktor tempatan Malaysia tidak membantu untuk menye3mbuhkan Ainul.
ARTIKEL MENARIK: Rosmah Mansor Diarah Keluar, Tidak Dibenarkan Ikuti Kes Perbicaraan Najib
Seakan mengulas isu terbabit, Dr. Amalina memberikan kenyataan di laman sosial Instagram miliknya menerusi ruangan Instagram Stories dua hari lepas.
Pegawai perubatan yang pernah menggegarkan Malaysia dengan pencapaian cemerlang 17A1 menerusi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2004 itu memohon agar netizen tidak membandingkan usaha mana-mana doktor.
“Saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua doktor yang telah mera@wat Ainul, sama ada di Malaysia atau di UK.
“Janganlah dibanding-bandingkan usaha mana-mana doktor. Kami sebagai doktor akan membantu sesiapa sahaja jika mampu tidak kira dimana-mana kami berada, tidak ada kena mengena dengan isu peribadi dan sebagainya,” tulisnya.
Tambah Dr. Amalina, apa yang penting pembe3dahan untuk Ainul sudah pun berjaya dilaksanakan.
“Sudah tertulis rezeki Ainul untuk mendapat rawatan di UK, jangan pula dipersoalkan di mana, yang penting pemb3edahan sudah berjaya, Alhamdulillah.
loading...
“Janganlah menya@kiti hati ibu bapa Ainul, anda tidak berada di tempat mereka. Mereka mahu yang terbaik untuk anak mereka,” katanya.
Enggan memanjangkan cerita, Dr. Amalina juga memohon semua pihak untuk mendoakan kesejahteraan semua doktor.
“Marilah kita doakan sahaja kesejahteraan mereka dan semua doktor di dunia ini yang banyak berkorban untuk membantu orang yang berada di dalam kesusahan, Amin,” tutupnya.
IBU DR AMALINA SEBAK KETIKA DALAM PERJALANAN PULANG KE MALAYSIA
“SAYA bersyukur kepada Allah SWT kerana pembedahan Ainul Mardhiah selamat dijalankan dan bayi dalam keadaan sihat.
“Sepanjang perjalanan pulang dalam kapal terbang saya menangis kerana sebak dan terharu,” kata Sabariah Hassan, 59, ibu kepada Dr Nur Amalina Che Bakri.
Beliau baru saja pulang ke tanah air semalam, selepas menyambut Aidilfitri bersama Dr Nur Amalina di London, sejak 29 Mei lalu.
Menurutnya, sebagai ibu, beliau amat menghargai pujian serta ucapan terima kasih rakyat Malaysia terhadap anaknya itu.
“Tidak sedetik pun terlintas di hati Amalina untuk menerima pujian kerana fokus utama dia adalah membantu Ainul.
“Niat dia hanya untuk menyelamatkan Ainul kerana dia amat sedih selepas mendapat tahu mengenai keadaan Ainul.
“Amalina sangat yakin dengan izin Allah SWT, bayi berkenaan boleh diselamatkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Sabariah berkata, Dr Nur Amalina bersama bantuan pakar yang sangat berpengalaman serta hebat dalam bidang masing-masing kerana dia mempunyai ramai kenalan.
“Insya-Allah, saya lihat Amalina mempunyai nilai insan dan kemanusiaan yang amat tinggi tanpa mengira wang ringgit serta penat lelah.
“Bila sesuatu operasi (pembedahan) itu berjaya dilakukan, dia merasa puas dan tersenyum kegembiraan. Sebelum ini, dia sudah biasa buat pembedahan sama ada kecil atau besar.
“Namun bagi kes Ainul ia adalah yang pertama dari Malaysia yang menderita penyakit ketumbuhan membuatkan dia tampil membantu,” katanya.
Ketika ditanya mengenai kecaman warganet terhadap Dr Amalina sebelum ini, Sabariah berkata, sebagai manusia dia tidak boleh menyekat sama ada orang suka atau tidak.
“Cuma pesanan saya kepada mereka yang suka mencemuh orang lain supaya cermin diri sendiri dulu.
“Jika kita orang baik pastinya kita tidak akan mencemuh orang lain. Kita akan jaga tutur kata dan berbuat baik serta tidak akan menyakiti hati orang lain.
“Kita juga tidak akan menyusahkan orang lain, membuat orang sedih dan memfitnah orang. Tetapi jika sebaliknya siapa yang ‘berpenyakit’ sebenarnya?” katanya.
Katanya, Dr Nur Amalina tidak pernah buat salah kepada orang lain dan niat dia membantu Ainul bukan untuk membersihkan namanya.
“Saya berharap dan berdoa semoga Amalina sentiasa sukses dalam kerjaya dan mempunyai kepakaran yang tinggi untuk merawat serta membantu menyelamatkan nyawa manusia tidak kira agama, bangsa dan negara,” katanya.
sumber: astrogempak via tubeviral.bbn.my
Post a Comment