KETERL@NJURAN seorang netizen yang seolah-olah mempertikaikan status anak pelawak Abam daripada kumpulan Bocey akhirnya berjaya diselesaikan dengan baik menerusi satu pertemuan pada Rabu.
“Ni ke orang tua mulut celupar tu” -Ini yg terjadi selepas Abam Bocey cari sampai dapat individu pertikai DNA anak |
Berdasarkan foto yang dimuat naik oleh adiknya, pelawak Ali Puteh, Abam dilihat bergambar bersama seorang lelaki dipercayai individu terlibat dalam meninggalkan komen agar melakukan ujian DNA bagi menentukan kesahihan zuriatnya itu.
ARTIKEL MENARIK: Timbul dakwaan doktor Malaysia tdk membantu utk meny3mbuhkan Ainul, Ini reaksi padu Dr. Amalina Bakri
“Perbincangan membawa muafakat, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata tak boleh undur,” tulis Ali pada kapsyen foto tersebut.
Ali bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas lokasi pertemuan mereka.
Rata-rata pengikut bersetuju dengan tindakan Abam bersemuka dengan lelaki berkenaan.
Ali memuat naik sekeping gambar bersama seorang lelaki yang dipercayai dicari Abam.
“Ni ke orang tua yang mulut celvupar tu?
“Akhirnya jumpa juga. harap-harap lepas ni pakcik tu berubah, fikir dulu sebelum nak komen.
“Maaf memaafkan amalan mulia, di bulan mulia ni. Abam tu hatinya lembut tapi baik dijadikan pengajaran supaya orang lain tak buat benda sama,” komen netizen di Instagram.
Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan Abam tidak berjaya kerana panggilan telefon dan mesej di hantar tidak dijawab.
Pada Sabtu lalu, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 31, mengakui tersinggung dengan komen ditulis pemilik akaun dengan nama Lau Kok Chan itu.
Abam bengang dengan komen seorang netizen.
loading...
Abam berkata dia sedang menyiasat mengenai lelaki berkenaan dan ingin bersemuka bagi mendapatkan penjelasan berhubung komen tersebut.
“Saya nak berjumpa dengan lelaki itu dan tanya kenapa dia tinggalkan komen macam itu.
“Melalui akaun dia kita boleh kesan siapa pemiliknya cuma buat masa ini belum terfikir tindakan undang-undang,” katanya.
Pada Jumaat lalu, Abam Bocey berkongsi berita gembira apabila isterinya, Siti Norhidayah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.55 kilogram di Hospital Selayang, Selangor.
Mereka berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor
p/s: Semoga menjadi pengajaran kepada semua warganet. Hati-hati bila mahu komen atau memberi pendapat. Artis juga punyai hati dan perasaan
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
sumber: hmetro via tubeviral.bbn.my
Post a Comment