Terlalu rindu, Fatimah minta supaya Allah pulangkan Adam. Ini yg Neelofa buat depan Kaabah

Terlalu rindu, Fatimah minta supaya Allah pulangkan Adam. Ini yg Neelofa buat depan Kaabah

Sudah hampir sebulan p3emergian, Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam, umum sedia maklum bahawa Adam mempunyai tiga anak buah yang juga selebriti internet, adik beradik iaitu Fatimah, Omar Mukhtar dan Ali.

Terlalu rindu, Fatimah minta supaya Allah pulangkan Adam. Ini yg Neelofa buat depan Kaabah
Terlalu rindu, Fatimah minta supaya Allah pulangkan Adam. Ini yg Neelofa buat depan Kaabah

Kalau menjenguk posting yang dikongsikan a@rwah Adam ketika ha@yatnya masih ada, dapat dilihat bahawa hubungannya bersama anak-anak itu sangat rapat dan cukup istimewa.

Justeru, kehilangan Adam dalam hidup anak-anak itu memberi kesan yang cukup mendalam, dan tidak mudah untuk mereka terima dalam jangka masa yang singkat.

ARTIKEL MENARIK: “Kepada Mereka Yang Sombong, Ingat” -Selepas teruk kena bahan dgn Zizan Razak, Ini respond balas Shuib


Fatimah nak pinjam mamaje 1 minit jer…
Difahamkan, selepas mendapat tahu Adam atau dipanggil mamaje oleh anak buahnya telah men1inggal, Fatimah terutamanya antara yang paling terkesan, sehingga kesihatannya terjejas, kerana terlalu merindui Adam.
Jika sebelum ini ibunya, memaklum keadaan Fatimah sudah beransur pulih, tetapi baru-baru ini Fatimah dikatakan masih tidak mampu melawan perasaan rindu terhadap mamajee dan hanya mampu pergi ke sekolah selama dua hari sahaja.
Lebih memilukan, Fatimah sempat meminta ibunya menelefon auntie Love, iaitu gelaran yang dipanggil kepada Neelofa, yang ketika itu sedang dalam umrah, meminta doa agar Allah memulangkan Adam walau hanya untuk satu minit.
“I need her to help tell Allah to send back Mamajee for just one minute. All I need is one minute. Just one minute, and I will return him back to Allah…”
Tidak dapat nak dibayangkan sampai begitu sekali kasihnya terhadap Adam, kesedihan dan keperitan jiwa yang dirasai oleh anak kecil ini sangat b3erat untuk ditanggung, hanya masa yang dapat mengubatinya.

loading...

“Nok oyak gapo ko mamajee dio?” – Neelofa tunggu depan Kaabah, Fatimah kirim doa untuk Adamdidam
SOKONGAN moral yang diberikan pengacara Neelofa kepada anak saudaranya, Fatimah yang terkesan dengan kehilangan bapa saudara kesayangannya iaitu Adamdidam yang digelar mamajee mendapat perhatian netizen.
Menerusi posting Thefamily.uk, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd noor, 30, sempat menghubungi dan bercakap dengan Fatimah untuk meredakan ke3sedihan kanak-kanak itu.
“Minggu lalu Allah telah menghantar bidadari (Neelofa) datangnya dari tanah suci Makkah. Saya berhasrat untuk berkongsi mengenai kisah ini sejak minggu lepas lagi tetapi saya tidak mampu menggambarkan betapa besarnya kasih sayang dan sokongan yang telah bidadari itu berikan kepada kami.
“Dia mungkin tidak dapat berada di sini bersama kami, tetapi dia telah berusaha sedaya upaya malah berko 0rban masanya untuk kami.
“Dia meluangkan masa untuk bercakap dan tunjukkan kepada Fatimah rumah Allah (Kaabah) untuk meredakan kesedihan Fatimah,” tulisnya.
Perkongsian menyentuh hati itu dimuat naik di laman Instagram thefamily.uk pada petang Khamis.
Menerusi paparan skrin itu, Neelofa yang menggelarkan dirinya aunty Love bertanya jika ada doa yang ingin dikirimkan memandangkan dia kini berada di hadapan Kaabah.
“Kak Ila (ibu Fatimah) kalau Fatimah nak facetime anytime now until the next three hours boleh sebab Love ado depan Kaabah. Maybe boleh tanya gapo dio nok lepas atau oyak ko mamaje dio so that aunty Love boleh tolong oyak ko Allah,” tulisnya.
Dalam pada itu, menurut keterangan itu lagi, Neelofa juga sanggup menunggu begitu lama di hadapan Kaabah semata-mata untuk menghubungi semula adik-beradik Fatimah iaitu Omar Mukhtar dan Ali.
Bukan itu sahaja, pengacara jelita itu juga sentiasa bertanya khabar dan prihatin terhadap emosi kanak-kanak itu.
Antara catatan yang dimuat naik thefamily.uk
“Bukan itu sahaja, dia juga sanggup tunggu begitu lama di hadapan Kaabah sehingga lepas waktu solat Isyak semata-mata untuk bercakap pula dengan Omar Mukhtar dan Ali.
“Dia juga sentiasa bimbang dan bertanyakan khabar mengenai Fatimah. Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan betapa bersyukurnya kami dikurniakan seorang bidadari cantik yang sentiasa mendoakan kami sekeluarga.
“Semoga Allah merahmati jiwanya yang murni dan jauhkan dia dari segala kebVurukan. Mamajee pasti akan gembira jika dia tahu anak-anak kesayangannya sentiasa dikelilingi rasa kasih dan sayang daripada aunty Love mereka,” katanya.
Ramai mengetahui Fatimah bersama adik-beradiknya iaitu Omar Mukhtar dan Ali begitu rapat dengan bapa saudara mereka, Adamdidam.
Tiga beradik itu popular dengan video bertutur dalam dialek Kelantan walaupun membesar di Birmingham, United Kingdom.
Chef selebriti, Adamdidam atau Muhammad Adam Mahamed Ismail meninggal dunia pada usia 29 tahun akibat j@angkitan p@aru-p@aru.
Sumber : The Family UK & Adamdidam via tubeviral.bbn.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post