Selepas ‘jahanam’kan makanan sambil ketawa remaja ini sekali lagi pergi di kedai serbaneka. Ini yg dia buat

Selepas ‘jahanam’kan makanan sambil ketawa remaja ini sekali lagi pergi di kedai serbaneka. Ini yg dia buat

TINDAKAN seorang remaja lelaki yang merosakkan beberapa paket makanan dan minuman di kedai serbaneka Family Mart mengundang padah apabila dia teruk dikecam netizen.

Selepas ‘jahanam’kan makanan sambil ketawa remaja ini sekali lagi pergi di kedai serbaneka. Ini yg dia buat
Selepas ‘jahanam’kan makanan sambil ketawa remaja ini sekali lagi pergi di kedai serbaneka. Ini yg dia buat

Ia sekali gus memaksa si pelaku untuk tampil membuat permohonan maaf menerusi laman Instagram, Khamis malam.

“Assalamualaikum sayalah budak yang viral apa benda picit-picit roti semua tu kan, yang minum air main bukak semua tu.

ARTIKEL MENARIK: Pengebumian anak penuh hiba, ibu hanya dapat saksi jenazzah menerusi VC sahaja


“Sekarang ni saya mahu minta maaf dekat netizen-netizen tulah yang tengok video tu, yang rasa kurang senang, rasa nak pijak ke apa semua.
“Saya minta maaf banyak-banyak, sekarang ni saya ada kat Family Mart, saya dah minta maaf dengan semua pekerja kat sini, saya nak bertanggungjawab untuk bayar balik apa semua tu lah,” ujarnya.
Video itu dimuat naik menerusi laman Instagram rakannya, Luqbubbles yang juga menjadi perakam video tular berkenaan.

Disebabkan orang-orang macam kau la, semua Melayu dicop bangsa tak bertamadun.

NETIZEN

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, polis menerima laporan kejadian daripada pengurus premis pada jam 11.20 malam.
“Pengadu melihat video tular di media sosial yang didakwa berlaku di premisnya lalu membuat semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
“Pengadu mendapati lelaki terbabit merosakkan barang makanan dan minuman dengan sengaja menyebabkan beliau mengalami kerugian RM30,” katanya 
Bertindak atas laporan itu, Mohd Nor Marzukee berkata, polis kini sedang giat mengesan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Terdahulu, warga maya kecoh dengan penularan video aksi remaja itu yang dilakukan di sebuah outlet Family Mart, dipercayai di Mesamall, Nilai, Negeri Sembilan.

loading...

Selain memicit beberapa paket makanan, dia turut membuka sebotol minuman dan meneguknya sebelum ia diletakkan semula ke atas rak.
Malah, perbuatan yang dilakukan sambil bergelak ketawa itu disifatkan orang ramai sebagai tidak bertamadun dan biadab.
Selain kecaman di Twitter dan Facebook, laman Instagram rakan pemuda berkenaan turut dihujani lebih 1,000 komen.
“Disebabkan orang-orang macam kau la, semua Melayu dicop bangsa tak bertamadun,” tulis @alalifzakaria.
“Nak maki je budak ni haihh. Nampak sangat jakun budak-budak ni,” tulis seorang lagi netizen.
p/s: Semoga perkara ini menjadi iktibar kepada remaja lain. Banyak lagi perkara berfaedah yang mereka boleh lakukan
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
sumber: mstar via tubeviral.bbn.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post