Terkini di Pasir Gudang: Semua sekolah, IPTA, tadika ditutup

Terkini di Pasir Gudang: Semua sekolah, IPTA, tadika ditutup

Sebanyak 111 sekolah rendah dan menengah, 3 intitusi pengajian tinggit (IPT), 347 tadika serta 14 buah sekolah swasta dan antarabangsa di Pasir Gudang diarahkan tutup sementara kerja-kerja mengatasi isu pence3maran udara dijalankan pihak berkuasa.

Terkini di Pasir Gudang: Semua sekolah, IPTA, tadika ditutup
Terkini di Pasir Gudang: Semua sekolah, IPTA, tadika ditutup

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Johor, Azman Adnan dalam suatu kenyataan malam ini memaklumkan penutupan sementara itu akan bermula dari 25 Jun ke 27 Jun 2019 ini.

ARTIKEL MENARIK: Selepas ‘jahanam’kan makanan sambil ketawa remaja ini sekali lagi pergi di kedai serbaneka. Ini yg dia buat


“Sehubungan dengan itu jabatan ini ingin memaklumkan kepada semua institusi pendidikan dalam kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia yang terletak dalam daerah Pasir Gudang iaitu 111 buah sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaaan, 3 institusi pendidikan tinggi dan 14 buah sekolah swasta dan antarabangsa serta 347 buah tadika swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor ditutup mulai 25 Jun 2019 (Selasa) hingga 27 Jun 2019 (Khamis) untuk kerja-kerja berkaitan mengatasi isu bahan punca pence3maran dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa.
“Semua pengetua dan guru besar dipohon untuk memaklumkan segera kepada semua murid, guru dan ibu bapa serta kakitangan dalam kawalan mereka dan mengambil ti1ndakan susulan berkaitan penutupan ini.
“Jabatan ini akan sentiasa membuat pemantauan rapi dan membantu sekolah-sekolah bagi memastikan kesejahteraan murid-murid berada dalam keadaan yang terbaik,” katanya.
Terdahulu hari ini, Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata Punca pencemaran di kawasan Pasir Gudang sehingga menyebabkan ramai m@angsa termasuk pelajar sekolah sesak nafas dan muntah sejak Khamis lepas, hanya akan diketahui dalam sehari dua lagi.
Jelasnya, agensi berkaitan kini dalam peringkat akhir untuk mengenalpasti bahan kimia yang terlibat.
“Bagaimanapun, punca pencemaran itu akan diumumkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) atau Jabatan Kimia. Tunggu dalam sehari dua lagi.

“Sebaik dapat tahu kimia itu apa, kita akan terus umumkan,” katanya.

loading...

Sementara itu, 30 kilang kimia di Pasir Gudang telah disenarai pendek untuk disiasat bagi mengenal pasti sama ada bahan kimia yang diproses di kilang-kilang itu menjadi punca kepada pence3maran terbaru di Pasir Gudang ini.

“Pihak Jabatan Alam Sekitar akan menyiasat dan jika didapati kimia hampir sama dengan kimia yang menyebabkan punca pelajar sesak nafas, kita akan arahkan penutupan operasi (untuk kilang-kilang berkenaan),” kata Sahruddin lagi.

Pada Mac lalu, pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim di Pasir Gudang juga telah menjejaskan hampir 6,000 penduduk termasuk penutupan sementara 111 sekolah.

Sebanyak 900 tan tanah tercemar bersama selut dan 1,500 tan air tercemar daripada dasar sungai berkenaan juga terpaksa dikumpul sebelum dilupuskan oleh kontraktor yang dilantik kerajaan.

p/s: Sama-sama kita mendoakan keselamatan mereka di Pasir Gudang. Di harapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya kerana perkara ini di lihat sekamin membimbangkan

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mkini via tubeviral.bbn.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post