Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata tidak adil bagi mana-mana pihak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung video s3eks yang didakwa melibatkan dirinya, memandangkan kes itu masih dalam siasatan.
Selepas Laporan berita Australia dedah video itu ‘ori’, ini reaksi Azmin |
Azmin hari ini diminta mengulas SBS News dari Australia yang melaporkan bahawa walaupun tidak dapat mengesahkan jika orang dalam video tersebut adalah timbalan presiden PKR itu, namun para pakar bersetuju bahawa kelihatan tidak ada sebarang pengubahan digital telah dibuat.
ARTIKEL MENARIK: Ibu bapa terasa hati, Ainul dirawat di UK dipertikai kerana ini
“Saya telah mengambil beberapa tindakan untuk membersihkan nama saya selain daripada laporan qazaf laporan polis dan juga tindakan-tindakan lain yang mungkin diberikan nasihat oleh peguam saya.
“Jadi apa pun kenyataan yang dikeluarkan individu ataupun mana-mana pihak pada ketika ini, saya kira adakah tidak adil kerana siasatan sedang berjalan berdasarkan laporan yang sedang dibuat.
“Sekiranya ada pihak yang tidak bertanggunjawab membuat kenyataan-kenyataa seperti ini, ia boleh dilihat sebagai mengganggu proses siasatan,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian hak pembangunan antara Konsortium PCSB-MGB, di Shah Alam, hari ini.
Malah, Azmin berkata beliau kekal dengan pendiriannya bahawa video berkenaan merupakan agenda politik j@ahat yang cuba menyekat kerjaya politiknya.
Beliau juga yakin penularan video ko@ntroversi itu merupakan agenda politik pihak tertentu yang bertujuan mahu menyekat k3emaraan dan prestasinya dalam kerajaan serta bidang politik.
“Saya yakin umum telah pun melihat siapakah dalang di dalam episod ini.
“Biarlah polis melakukan siasatan dan saya kira tidak adil sekiranya kita atau pun individu membuat kenyataan-kenyataan yang boleh dilihat sebagai mengganggu siasatan.
“Saya kira biarlah rakyat membuat hvukuman ke atas perkara ini dan sekarang pun telah terbukti semakin kuat persepsi membayangkan pihak yang terlibat di dalam konspirasi dan tohmahan ini,” katanya.
loading...
Minggu lalu, Haziq yang mendakwa terlibat sama dalam video terbabit tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi atas ra@njang bersama Azmin yang juga adalah timbalan presiden PKR.
Pada Jumaat lalu, polis menahan Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengakui terlibat dalam video tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang dipercayai akan berlepas ke Manila, Filipina.
Bagaimanapun Haziq kemudian dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu.
Azmin yakin video i1ntim kerja orang dalam
Dalam pada itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin ko0ntroversi klip video i1ntim yang didakwa melibatkan dirinya didalangi orang dalam parti.
Beliau mengulangi sebanyak dua kali berhubung keyakinannya terhadap dakwaan berkenaan.
“Saya yakin (orang dalam parti adalah dalang), saya yakin (orang dalam parti adalah dalang),” katanya kepada media selepas majlis menandatangani perjanjian hak pembangunan antara Konsortium PCSB-MGB di Shah Alam, pada Selasa.
Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi bagaimanapun menyerahkan siasatan isu berkenaan kepada polis dan tiada pihak perlu campur tangan.
Malah, katanya, apa jua kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak adalah tidak adil kerana siasatan sedang berjalan.
“Bagi saya dari awal saya yakin ini ada agenda politik orang-orang tertentu yang bertujuan menyekat kemaraan prestasi saya dalam kerajaan dan dalam politik.
“Saya yakin umum telah melihat siapakah dalang dalam episod ini. Biarlah polis jalankan siasatan dan tidak adil sekiranya kita atau individu membuat kenyataan yang boleh mengganggu siasatan.
Malah, setiap tindakan yang dilakukannya selepas kontroversi video 1intim itu adalah berdasarkan nasihat peguamnya.
“Sebab itu saya buat laporan qazaf. Saya telah buat tindakan berdasarkan nasihat peguam dan pihak yang memberikan pandangan mereka ini perlu dilakukan. Siasatan perlu berjalan dan tidak terganggu dengan tekanan oleh pihak bertanggungjawab,” ujarnya.
sumber; mkini via tubeviral.bbn.my
Post a Comment