KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah, 71, terpaksa menggadai barang kemas untuk membiayai rawatan apabila disahkan menghidap ka@nser rahim tahap satu, tiga tahun lalu.
Lama tidak berlakon, rupanya Mak Jah sedang bertarung dengan |
Mak Jah berkata, ketika itu, dia tidak mempunyai pilihan lain kerana memerlukan wang untuk menampung kos rawatan yang menelan puluhan ribu ringgit.
ARTIKEL MENARIK: Duit kena rembat dengan Alip Aziz. Tapi Aktres Indonesia Minta Bantuan Syed Saddiq
“Barang kemas boleh dicari, tetapi nya@wa tiada galang ganti. Selagi boleh berusaha, saya tidak mengalah untuk bebaskan diri daripada penya@kit itu.
“Sehingga hari ini, saya tidak mampu menebus barang kemas yang dibeli dengan hasil titik peluh bekerja sebagai anak seni.
“Tidak mengapa kerana saya baru bangkit dan mula bekerja selepas dua tahun kurang mendapat tawaran berlakon. Alhamdulillah, saya sudah sihat sepenuhnya dan boleh bekerja seperti dahulu,” katanya.
Dramatis yang terkenal dengan watak antagonis itu berkata, ketika disahkan menghidap peny@akit itu, dia berdepan kemurungan selama enam bulan.
Dia berkurung dan menjauhkan diri daripada rakan-rakan. Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga mengakui, dia bagaikan patah semangat dan hilang kekuatan untuk meneruskan hidup kerana membayangkan m@aut yang menanti.
Namun, selepas lebih tiga tahun mende3rita, pelakon filem Mami Jarum, Lady Boss dan Hingga Hujung Ny@awa itu disahkan bebas k@anser, April lalu.
“Ketika sa@kit, saya tolak tawaran berlakon kerana memikirkan tiada guna lagi saya terus mengejar duniawi. Doktor yang merawat marah kerana saya terlalu melayan emosi.
“Saya hanya kembali bangkit, tahun lalu selepas mendapat motivasi daripada seorang ustaz. Ketika itu, saya bersolat setiap waktu di masjid hingga ustaz pelik melihat saya menangis seorang diri setiap hari,” katanya.
Mula berlakon secara serius menerusi drama Sri Panggung terbitan Serangkai Filem pada 1987 , Mak Jah berkata, ustaz itu turut menasihatkannya bersabar dengan ujian Allah.
“Ustaz memaklumkan, saya beruntung dan terpilih kerana diuji dengan peny@akit. Saya tahu akan ma@ti, sudah tentu membuat persediaan untuk kembali ke pangkuan-Nya.
“Mendengar nasihatnya, saya bersemangat untuk bangkit semula. Saya menjalani kehidupan seperti biasa, tidak lagi menjauhkan diri daripada rakan, tanpa mensia-siakan ibadat saya,” katanya.
loading...
Mak Jah yang membintangi lebih 100 drama dan menjayakan berpuluh-puluh filem berkata, peny@akitnya pulih berkat doanya ketika menunaikan umrah di Makkah pada 2017.
“Saya ke Tanah Suci untuk menjalani penggambaran drama Kisah Dari Makkah. Ketika itu, saya tidak kuat sangat, tetapi saya tidak putus asa berdoa di depan Kaabah, setiap hari,” katanya.
Rata2 peminat mendoakan kesihatan Mak Jah
Semoga cpt sembuh
Semoga cepat sembuh mak
semoga lekas sembuh mak jah
Semoga dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh hendakNya
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
sumber: bharian via tubeviral.bbn.my
Post a Comment