KUALA LUMPUR – Aktres popular, Fasha Sandha mengumumkan berita duka apabila mengesahkan kandungan ketiganya yang berusia hampir dua bulan mengalami keguguran.
“Saya mohon maaf buat suamiku tercinta” Akibat tak dengar nasihat dokotr, ini yg terjadi kpd kandungan Fasha |
Fasha, 35, memberitahu perkhabaran tersebut menerusi satu kemas kini di laman Instagramnya pada pagi Isnin.
ARTIKEL MENARIK: “Raya tahun ini tanpa datuk dan Adam” – Neelofa
“Buat peminat saya, terima kasih atas setiap semangat yang anda kirim sepanjang kehamilan saya ini namun dengan berat hati saya ingin beritahu bahawa saya telah keguguran.
“Saya mohon maaf buat suamiku tercinta, Rayfal dan Jemyma atas berita sedih ini,”tulisnya pada status berkenaan.
Tak dengar nasihat doktor
Tambah Fasha, dia meletakkan punca keguguran pada dirinya yang terlalu aktif terutama sepanjang sambutan Aidilfitri minggu lalu hingga lupa akan nasihat doktor.
“Saya tidak dengar nasihat doktor yang menyuruh berehat dan jangan terlalu lasak.
“Saya naik turun keretapi, jalan laju-laju,buat kerja sampai terlupa ada bayi kecik dalam perut ini. Saya tahu, saya bukanlah ibu yang terbaik,”luah Fasha sayu.
Fasha dan suami yang juga seorang pelakon, Aidil Aziz, mendirikan rumah tangga di Perlis pada 30 Mac lalu. –
loading...
Reaksi Netizan:
“Sbb tu la klu awal2 mgandung org tua2 x bg kecoh..tggu..4..5 bulan dulu”
“Bertabahlah…tula org dlu2 pesan awal kehamilah xelok diwar2kan…
Kejap lg sy bagitahu mak cik sebelah rumah sy tentang berita sedih ni.”
Sebelum ini media ada melaporkan, Fasha tukar doa, dengan kuasa Tuhan, ini yg terjadi
SELEPAS mengumumkan kini sedang berbadan dua, aktres Fasha Sandha memberitahu dia menerima banyak pertanyaan yang mahu tip untuk mudah hamil.
Fasha, 35, yang hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aidil Aziz berkata, rezeki itu datang berkat berdoa kepada Allah dan percaya kepada keajaiban doa itu.
“Ramai bertanya apakah tip mudah hamil. Ramai juga mesej peribadi untuk mengadu dan bertanya tip untuk bahagia pada peluang kedua. Ada juga mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga mesej mintak kekuatan selepas penceraian.
“Saya ingin kongsi pada semua, jawapannya adalah doa dan percayalah pada keajaiban doa.
“Selepas bulan pertama berkahwin, suami bertanya adakah saya hamil, jawapan saya belum lagi sayang. Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan-kawan di umur dia kebanyakan dan dua atau tiga anak. Oh… dia nak mintak baby cepat.
“Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa. Saya tambahkan ayat lain dalam doa dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat,” ujarnya di Instagram.
Fasha dijangka bakal menimang cahaya mata ketiganya pada 2 Februari 2020.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha pada Selasa berkongsi berita gembira itu dengan membuat kejutan kepada suaminya dalam sebuah sesi fotografi.
Aidil, 31, yang tidak menjangkakan perkara itu kelihatan terkejut dan terharu sehingga tidak dapat menahan air mata kegembiraan.
Fasha berkata, ia adalah kali kedua suaminya mengalirkan air mata selepas kali pertama pada hari pernikahan mereka, 30 Mac lalu.
“Kali kedua nampak suami mengalirkan air mata semalam (kali pertama di hari pernikahan kami). Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa… reda. Semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan,” ujarnya.
Dalam pada itu, menjawab soalan bagaimana dia mendapat kekuatan untuk berkongsi hidup dengan pasangan baharu, Fasha berkata dia juga tidak pernah terfikir tentang perjalanan yang dilalui ini.
Katanya, dia hanya berdoa agar apa yang dipinjamkan Allah ini kekal ke akhir hayat.
Fasha buat kejutan kepada Aidil pada sebuah sesi fotografi.
“Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru. Saya sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali ke dua sebab terlalu selesa menjadi ibu tunggal.
“Selalu kena ingat semua dalam dunia ni adalah pinjaman, Allah yang bagi dan Allah berhak ambil balik bila-bila masa sahaja. Kita teruskan berdoa agar ia berkekalan sehingga ke akhir hayat, Insyaallah,” ujarnya.
Fasha berkemungkinan melahirkan cahaya mata tersebut sekitar Februari 2020.
Sebelum ini Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5.
p/s: Semoga fasha dan Aidil tabah menghadapi ujian ini. Rezeki sentiasa ada untuk mereka yang terus berusaha. Usaha, doa dan tawakal
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
sumber: kosmo via tubeviral.bbn.my
Post a Comment