SELEBRITI terkenal Neelofa mengakui sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak seperti tahun-tahun selalu berikutan kehilangan beberapa ahli keluarga yang men1inggal dunia pada tahun ini.
“Raya tahun ini tanpa datuk dan Adam” – Neelofa |
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, berkata dia dan keluarga mahu memastikan dapat meluangkan masa sepenuhnya bersama nenek di Kelantan.
ARTIKEL MENARIK: Dugaan Ramadan Azharina; Bisnes Kena Tutup, Mvntah tak henti masuk ICU, Pekerja kena tangkap
“Alhamdulilalah saya sempat juga berpuasa dengan nenek selama dua hari di Kelantan sebelum menyambut hari raya Aidilfitri. Tahun ini memang ramai ahli keluarga balik ke kampung.
Datuk kepada neelofa men1inggal dunia pada tahun lalu.
“Kami berkumpul dan akan menziarahi kvubur beberapa orang ahli keluarga yang sudah pergi. Tahun ini sambutan raya tidak seperti tahun-tahun sebelum ini memandangkan kami kehilangan ramai ahli keluarga.
Luangkan masa bersama nenek di Kelantan
“Insya-Allah memang perancangan nak sepenuh masa bersama nenek untuk sambut hari raya di kampung,” kata Neelofa kepada mStar.
Pengacara program MeleTOP ini sudah berada di kampungnya semenjak Ahad lalu dan akan berada di sana selama beberapa hari.
loading...
Sebelum ini, datuk kepada Neelofa iaitu Noor Mohamed meninggal dunia pada 21 November tahun lalu dan baru-baru ini juga pelakon drama Red Velvet kehilangan sepupunya yang juga cef selebriti, Chef Adamdidam pada 19 Mei lalu.
Neelofa dan seluruh keluarganya reda dengan pemergian Adam.
Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia dan seluruh keluarganya reda melepaskan Adam selepas tidak sanggup melihat cef selebriti itu menangung ke3sakitan.
“Adam dah sakit lebih setahun yang lalu. Masa dia mula-mula sakit tu, tak ramai ahli keluarga yang tahu sampailah setengah tahun dia sakit, baru kami diberitahu dia sudah beberapa kali ke hospital untuk menjalani rawatan.
“Saya melihat perubahan dia dari masa ke semasa memang sangat teruk. Sampailah kami semua dah reda untuk lepaskan dia sebab tak sanggup nak tengok dia s4akit,” ujarnya.
Adam atau nama sebenarnya Adam Mohamed Ismail meninggal dunia pada usia 29 tahun akibat j4angkitan paru-paru pada 19 Mei lalu di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan.
P/S: Takziah diucapkan kepada neelofa ke atas pemergian kedua insan yang tersayang. Semoga Neelofa gembira berkeluarga di samping insan yang tersayang
Kredit : tubeviral.bbn.my
Post a Comment