Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia selepas didera oleh bapa kandungnya sendiri kerana malu dengan status anak tersebut yang merupakan anak luar nikah.
Malu ada anak luar nikah, bapa dera bayi 3 bulan sehingga mati |
Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu 27 April lalu di Jakarta Barat, Indonesia, mangsa meninggal dunia ketika di bawah jagaan bapa kandungnya yang hanya dikenali sebagai MS, 23.
ARTIKEL MENARIK: Kalah main game, bapa tumbuk anak sehingga mati
Pada waktu itu, ibunya, 'SK', mangsa keluar ke pasar dan menyerahkan mangsa, KQS kepada suspek untuk dijaga. Apabila SK kembali, dia terkejut bila mendapati KQS sudah tidak bernyawa dan suaminya mendakwa mangsa tersedak susu sebelum mati.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital dan ketika doktor melakukan pemeriksaan, timbul rasa curiga dengan keadaan mangsa lalu menasihatkan SK membuat laporan polis.
Polis kemudian menahan suspek dan disoal siasat. MS mengaku telah membunuh mangsa kerana malu dengan statusnya yang merupakan anak luar nikah dan percaya ia akan membawa malang kepada keluarga. Dia juga mengaku dia berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan perkara itu.
Difahamkan, bayi perempuan itu merupakan anak luar nikah hasil hubungan MS dengan SK sebelum berkahwin dan saat SK mengetahui dirinya hamil, dia telah mengugut suaminya yang dia akan curang sekiranya MS enggan bertanggungjawab ke atas kandungannya itu. Suspek yang tidak mahu wanita kesayangannya jatuh ke tangan lelaki lain, kemudian bersetuju untuk berkahwin dengan SK.
loading...
Sejak KQS berusia sebulan lebih, MS kerap menderanya sehingga pada hari kejadian, MS mendera anaknya dengan mematahkan kaki, punggung, menggigit wajah kiri mangsa sehingga meninggalkan kesan, dipukul dan ditumbuk tepat di muka menyebabkan hidung mangsa hancur serta bibirnya pecah.
Tangan dan kaki mangsa turut dipatah, ditarik, dipulas berulang kali sehingga bunyi 'krek' barulah MS berhenti meneruskan perbuatannya itu.
Polis tidak menolak kemungkin suspek bertindak kejam kerana terpengaruh dengan cakap-cakap orang dan maklumat yang tidak tepat di Google.
Sumber: Akurat
Post a Comment