Ini gambar terbaru Haziq, selepas dibebaskan dengan jaminan polis

Ini gambar terbaru Haziq, selepas dibebaskan dengan jaminan polis

KUALA LUMPUR: Haziq Abdullah Abdul Aziz, individu yang mengaku sebagai lelaki dalam satu video luvcah yang dikaitkan dengan seorang menteri, dibebaskan dengan jaminan polis dengan seorang penjamin, jam 5.45 petang tadi.

Ini gambar terbaru Haziq, selepas dibebaskan dengan jaminan polis
Ini gambar terbaru Haziq, selepas dibebaskan dengan jaminan polis

Selesai proses terbabit, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong yang memakai kemeja T biru itu dibawa keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menaiki Proton Persona bersama peguamnya.

ARTIKEL MENARIK: Ditvduh buat keputusan ikut hawa N4fsu, ibu bapa Ainul dedah dugaan ini yang diaIami


Seramai empat peguam mewakili Haziq diketuai Ramesh Sivakumar.
Ramesh ketika ditemui pemberita memaklumkan, Haziq berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh penahanannya dan memberikan kerjasama baik kepada polis dalam siasatan kes itu.
Bagaimanapun, katanya anak guamnya tidak bersedia untuk bertemu atau memberikan sebarang kenyataan kepada media dan memerlukan masa untuk bertenang.
Keadaan Haziq:
“Proses siasatan berjalan lancar. Dia (Haziq) juga dalam keadaan baik dan ceria.
“Setakat ini, siasatan sudah selesai tetapi, jika ada apa-apa lagi diperlukan polis selepas ini, dia akan hadir beri kerjasama,” katanya.
Ramesh berkata, pihaknya dimaklumkan tiada sebarang sekatan dikenakan ke atas Haziq untuk ke luar negara setakat ini.
Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan mengesahkan pembebasan Haziq.
Terdahulu, Haziq, 27, yang diiringi beberapa anggota polis dilihat memasuki perkarangan IPD kira-kira jam 4.30 petang menaiki Proton Preve.
Pagi tadi, Haziq dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemeriksaan doktor.

loading...

Semalam, BH melaporkan Haziq ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
Haziq ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan J3enayah, Bukit Aman, ketika berada di terminal pelepasan antarabangsa untuk berlepas ke Manila, Filipina.
Haziq menjadi tumpuan selepas mendakwa dirinya adalah individu dalam klip video yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sebelum ini Haziq sudah digantung tugas sebagai setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Md Akin.
Gambar terbaru Haziq
p/s: Semoga kemelut politik yang melanda negara kini dapat di selesiakan dengan segera
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami 
sumber: bharian  via tubeviral.bbn.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post