Comelnya Gambar Terbaru Putera Sultan Kelantan Ini

Comelnya Gambar Terbaru Putera Sultan Kelantan Ini

Saya rasa umum dah sedia maklum bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan isteri baginda, Rihana Oksana Petra selamat dikurniakan putera sulung yang comel pada Ramadan lalu.

Comelnya Gambar Terbaru Putera Sultan Kelantan Ini
Comelnya Gambar Terbaru Putera Sultan Kelantan Ini

Berita gembira itu dikongsi sendiri menerusi Instagram (IG) Oksana @rihanapetra dan memaklumkan bayi diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra itu dilahirkan pada 21 Mei 2019.

ARTIKEL MENARIK: Ini gambar terbaru Haziq, selepas dibebaskan dengan jaminan polis


Terbaru Oksana mengucapkan terima kasih dan amat senang hati apabila membaca komen-komen serta ucapan ikhlas para pengikut keluarga diraja itu selepas beliau selamat melahirkan seorang putera.

Malah turut dikongsikan kehidupan baginda dan dirinya berubah sejak dianugerahkan putera comel itu.

loading...

“Kepada semua pengikut pengikut saya yang dihormati, jutaan Terima Kasih diucapkan ke atas komen-komen anda. Saya amat senang hati apabila membaca ucapan ikhlas dari anda semua. Kehidupan kami berubah sejak kehadiran anak comel ini.
“Alhamdulillah, sekarang kami adalah keluarga yang bahagia dan sifat kekeluargaan penting dalam kehidupan kita semua.
“Oleh itu, diharap kita sama-sama menjaga keluarga kita dan juga satu sama lain. Dan semoga kita dan ahli keluarga kita terus sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi dan dirahmati ALLAH SWT,” tulisnya.

Foto Instagram Rihana Oksana Petra
Kini IG rasmi tersebut yang mula dibuka sejak 4 Jun lalu telah mempunyai lebih 163,000 pengikut dan perkongsian terbaru itu juga telah mendapat lebih 18,000 views selepas tujuh jam dimuat naik.
Dalam perkongsian terdahulu, Oksana juga menceritakan serba sedikit pengalaman sepanjang tempoh sembilan bulan mengandung.
p/s: Tahniah di ucapkan  atas kelaharian Putera ini
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Sumber berita awani via tubeviral.bbn.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post