“Ingat dia baik, tapi perangai lagi teruk daripada bin@tang”

“Ingat dia baik, tapi perangai lagi teruk daripada bin@tang”

PERANGAI lagi teruk daripada bina@tang, begitulah antara komen berhubung video sekumpulan lelaki yang dilihat menga@niayai dua ekor monyet.

“Ingat dia baik, tapi perangai lagi teruk daripada bin@tang”
“Ingat dia baik, tapi perangai lagi teruk daripada bin@tang”

Video asal berdurasi 30 saat itu dimuat naik menerusi status WhatsApp salah seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan, sebelum ia ditularkan ke laman Twitter oleh seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Aiman Fazlin.

ARTIKEL MENARIK: Azmin yakin video i1ntim kerja


Menurut gadis berkenaan, perakam video itu merupakan kenalan yang dikenalinya di laman Facebook sebelum mereka bertukar-tukar nombor telefon, suatu ketika dahulu.
“Saya kenal yang rakam video tu dekat Facebook. Saya juga ada nombor telefon dia, tapi tak pernah jumpa.
“Bila tengok video tu, saya pun tanyalah dia. Dia mengaku tu video mereka, selepas itu saya post di Twitter,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar pada Selasa.
Tambah Aiman Fazlin, perakam video itu adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kini sedang bekerja di Langkawi, Kedah.
Saya tak jangka benda ni berlaku, saya ingat dia baik. Tak sangka kawan sendiri yang buat macam tu.
AIMAN FAZLIN
Video yang dimuat naik Aiman Fazlin memaparkan beberapa lelaki menangkap dua ekor monyet, dipercayai kerana mencuri makanan mereka.
Sambil bergelak ketawa, dua lelaki dilihat memegang tangan dua ekor monyet tersebut sambil rakan-rakan yang lain mema@rahi haiwan itu. Mereka juga dilihat menarik telinga dan mengetuk kepala monyet-monyet berkenaan. Visual itu menerima lebih 4,600 ulang kicau (Retweet).
Ia pantas menarik perhatian ramai yang rata-ratanya berang dengan perbuatan tersebut.
Malah, Aiman Fazlin sendiri turut kesal dengan tindakan itu dan sukar percaya ia dilakukan oleh kenalannya.

loading...

Paparan skrin perkongsian video itu di Twitter.
“Cuba bayangkan, monyet tu lincah tapi macam mana mereka tangkap?
“Saya tak jangka benda ni berlaku, saya ingat dia baik. Tak sangka kawan sendiri yang buat macam tu,” ujarnya lagi.
Tambah Aiman Fazlin, dia berharap tindakan akan diambil terhadap mereka sebagai pengajaran kepada kumpulan pemuda berkenaan.
Menerusi ruangan balas posting itu, rata-rata netizen turut meluahkan kekesalan mereka.
“Kesian s**l monyet tu kena macam tu. Perangai lagi teruk dari binatang,” tulis @taufiqiskandr.
“Nak menangis tengok kesian monyet tu ya Allah,” tulis seorang lagi pelayar Twitter.
p/s: Huvkuman yang sedia ada nampaknya tidak mengerunkan mereka. Selepas satu, satu kes mend3r bi@natang berlaku. Semoga pelaku insaf dan di hadapkan kemuka pengadilan
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami 
Kredit : tubeviral.bbn.my
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post