Tudung termahal di dunia yang ditempah Februari lalu bakal menjadi penyeri gaya Aidilfitri seorang ahli perniagaan wanita yang membelinya pada harga RM50,000.
Tudung bawal ini merupakan termahal di dunia. Ini rahsia yg terdapat ditudung ini |
Tudung bawal berwarna hitam bertatahkan kristal mewah Swarovski dibeli pelanggan dari butik ByQiss by Bawal Exclusive di Kuantan, Pahang yang tertarik dengan nilai eksklusif syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive (BE).
ARTIKEL MENARIK: Selepas Peguam Keluarga Muhammad Adib Tarik Diri, Ini reaksi Dr. Mahathir
Pengasas BE, Haliza Maysuri, 42, berkata tempahan paling mahal setakat ini berbanding rekod jualan bernilai RM33,000 tudung keluaran syarikatnya pada tahun lalu.
“Tudung ini menggunakan lebih 10 warna kristal mewah yang dibuat sepenuhnya sekumpulan pereka Swarovski dari Austria direka berteraskan rekaan dan personaliti pelanggan.
“Ilham fantasi wujudnya kuntuman bunga mekar di padang pasir Sahara, menterjemahkan kegigihan pemiliknya yang berusia 35 tahun. Pemilik seorang ahli perniagaan perusahaan berasaskan minyak dan gas. Tempahan hanya dilihatnya selepas siap dan diterbangkan ke negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media penyerahan tudung pelanggannya kepada pemilik butik di Kuala Lumpur. Sesi penyerahan disaksikan Pengarah Jualan Swarovski Professional Malaysia, Zoe Teo dan Pemilik Butik Byqiss by Bawal Exclusive, Datin Hamizan Puteh.
Ciri2 tudung ini
Tudung mewah ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan kain jenis Voile, yang diimport dari Jepun dan bertatahkan lebih 10 warna batu kristal Swarovski.
“Ia dibuat sepenuhnya di Austria dengan ilham padang pasir berbunga, sesuai dengan personaliti pemiliknya,” katanya pada majlis penyampaian tudung termahal tersebut di Hotel St. Regis di sini.
Reaksi warganet:
“Market diorang pada golongan lain, yang rakyat marhaen yg tak mampu tgk jerlah.. Tak usah nak ckp kalis api nerakalah, kalis dosa lah, biarlah. At least seblm roh korang dihisab koramg dah tahu,,, ‘sempat aku juga tgk tudung termahal kat dunia’.. Belum lagi korang tengok coli termahal kat dunia… 13 juta.. Baru 50k jari dok tulis condem, at least be proud lah anak tempatan bumiputra keluarkan produk premier or ekslusif. And ada juga ckp membazir itu amalan syaitan, well masalahnya kalau salurannya vetul bukanlah pembaziran, dah terang2 end of the clip semua dengar boleh diwarisi dari generasi ke generasi.. So bolehlah pas kat anak cucu diaorang, dan kemungkinan benda tu boleh ko jadikan aset or barangan pusaka ke. Fikir positif lah wahai bani key worriors. gunakan dalil dlm konteks yang betul. Andai kau beli makanan yg banyak then tak habis ko buang, yer itu amalan kesetanan teragung…Dah aku nk gi sahur”
“Tudung tu target utk org have2. Level ni, orgnya bijak2. Dia beli pun x kurang duit dia utk hidup 7 keturunan, amalan sedekah, kebajikan, bayar cukai, bayar gaji pekerja…yg level bawah piramid ni, diam2 sudah. Check kat cermin n muhasabah ye”
“Jam harga ratus ribu pun ada. Beg harga puluh2 ribu pun ada. Tapi xde siapa komen..”
“Yg tudung ni semua bising.. kenapa? Sebab melayu jual. Yg beli pun mungkin melayu juga. Maknanya melayu tu kaya. Yg miskin x mampu sakit, dengki dan sakit hati.Tu sebabnya. Dengki & sakit hati. Simple.”
loading...
VIDEO:
Post a Comment