Selepas Peguam Keluarga Muhammad Adib Tarik Diri, Ini reaksi Dr. Mahathir

Selepas Peguam Keluarga Muhammad Adib Tarik Diri, Ini reaksi Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) — Peguam Syazlin Mansor tidak sepatutnya menarik diri daripada prosiding inkues kematian anggota bomba Allaahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim walaupun beliau diarahkan tarik diri daripada mewakili Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Bomba, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selepas Peguam Keluarga Muhammad Adib Tarik Diri, Ini reaksi Dr. Mahathir
Selepas Peguam Keluarga Muhammad Adib Tarik Diri, Ini reaksi Dr. Mahathir

Beliau berkata individu itu seharusnya meneruskan tugasnya sebagai peguam bagi keluarga Allahyarham Muhammad Adib jika betul ingin mencari kebenaran dalam kes itu.

ARTIKEL MENARIK:  Asyik Berbual Tiba-Tiba Senyap, Dahlan Zainuddin Diserang Strok Kali Kedua.Kini telah kembali ke rahmatullah


“Peguam Negara sudah mengeluarkan kenyataan apa yang berlaku. Peguam ini adalah peguam keluarga Adib. Lepas itu jadi peguam kerajaan. Mana boleh. Sebab kerajaan melalui prosiding itu ingin tentukan sebab-sebab Adib meninggal.
“Pihak yang memilih peguam itu tidak sedar, dia sudah menjadi peguam untuk keluarga Adib. Apabila sudah diketahui, dia mesti tarik diri daripada mewakili kerajaan dan terus jadi peguam untuk keluarga Adib, tetapi dia tarik diri daripada semua dengan beranggapan ingin mencari kebenaran.
“Kebenaran boleh dapat dalam mahkamah kita. Sekarang ini perdana menteri tidak lagi berkuasa di mahkamah. Kalau kita tidak percaya di mahkamah, kepada siapa kita ingin percaya untuk buat keputusan,” katanya.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu di sini hari ini yang turut dihadiri presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan kepimpinan parti.
Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata peranan Syazlin tidak diperlukan lagi dalam prosiding inkues kematian Muhammad Adib.
Zuraida berkata ini kerana Peguam Negara bertindak mewakili kerajaan termasuk kementerian serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Syazlin mengumumkan menarik diri daripada prosiding inkues kematian anggota bomba itu di hadapan Hakim Rofiah Mohamad, yang bersidang sebagai Koroner, ketika prosiding hari ke-37 di Mahkamah Koroner di Shah Alam, semalam.

loading...

Penarikan diri beliau mencetuskan pelbagai spekulasi dan persoalan mengenai kedudukan inkues berkenaan dalam memberi keadilan kepada Allahyarham Muhammad Adib.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah ketika kekecohan dalam insiden berhubung Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara.
Kepada soalan sama ada Peguam Negara Tommy Thomas perlu dipecat seperti didesak sesetengah pihak kerana isu penarikan diri peguam itu, Dr Mahathir berkata : “Ada orang menyasarkan individu ini tanpa sebab. Apa jua yang beliau lakukan, mesti ada sebab.
“Sebabnya ialah, peguam itu mewakili dua pihak yang bertelingkah. Jadi setidak-tidaknya harus menarik diri dari menjadi peguam bagi pihak kerajaan.”
“Menteri berkenaan tidak tahu beliau juga menjadi peguam bagi keluarga Adib, awak mahu saya pecat (menteri) Zuraida juga?,” tanya Dr. Mahathir.
p/s:Semoga pelaku dihadapkan ke muka pengadian dengan segera
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Sumber: BERNAMA via tubeviral.bbn.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post