KUALA LUMPUR: Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid merayu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar membenarkan bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menunaikan umrah pada bulan Ramadan ini.
“Tolong Lah, Tun…” – Nurul Hidayah Ahmad Zahid |
Menerusi status di laman Instagram miliknya hari ini, Nurul Hidayah memberitahu sudah menjadi kebiasaan Ahmad Zahid menunaikan umrah pada 10 Ramadan terakhir sejak 30 tahun lalu.
ARTIKEL MENARIK: “Orang yang memekak ni mesti menganggur.” – Kerajaan bakal tukar waktu bekerja ke malam, netizen ‘demand’ gaji dinaikkan
Katanya, bapanya yang juga Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datok, tidak akan melarikan diri, malah turut tidak mempunyai masalah sekiranya dikawal oleh polis sepanjang berada di Tanah Suci.
Tambahnya, 10 Ramadan terakhir sangat besar maknanya buat bapanya di Mekah.
View this post on Instagram
A post shared by Nurul Zahid (@nurul.zahid) on May 3, 2019 at 1:29am PDT
loading...
“Tolong benarkan abah saya ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 10 terakhir Ramadan. Sesiapa yang terbaca status ni dan tahu bagaimana untuk berhubung dengan YAB Tun sila DM sy.
“Dan jika ada sahabat yang mengenali saya dan keluarga secara rapat suatu ketika dahulu yang kenang akan persahabatan ini, mohon bantu panjangkan kepada pihak Tun,” ujarnya menerusi Instagram.
Sumber: Astro Awani via My Info Harian
Post a Comment