Telah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan masyarakat Malaysia untuk bangkit pada awal pagi bagi mempersiapkan diri untuk bekerja.
“Orang yang memekak ni mesti menganggur.” – Kerajaan bakal tukar waktu bekerja ke malam, netizen ‘demand’ gaji dinaikkan |
Namun, bagi sesetengah masyarakat di luar negara seperti di China, waktu bekerja tidak terhad pada waktu siang sahaja.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercadang untuk melaksanakan dasar bekerja pada waktu malam, khusus bagi sektor pekerjaan yang kurang mendapat sambutan rakyat tempatan.
ARTIKEL MENARIK: Hanya kerana tak bagi signal, Rakaman Pemandu Wanita Kena T4mpar!
Bekerja malam akan tarik lebih ramai pekerja lokal
Menurutnya, inisiatif ini adalah langkah bagi menarik lebih ramai rakyat tempatan menyertai sektor 3D (Dirty, Dangerous, Difficult) yang kini dikuasai rakyat asing.
“Tugas ini berat dan kotor. Orang kita tak mahu lakukan kerja ini. Upah untuk menggajikan pekerja asing mencecah RM60 bilion. Ini merugikan dan memiskinkan kita.”
Tak perlu nak mengadu panas lagi…
Tambahnya, dasar ini mungkin tidak dapat diterima pada awalnya kerana membabitkan pertukaran rutin kebiasaan dan budaya kerja. Namun, setelah dasar ini dilaksanakan, pasti pekerja akan terbiasa dengan bekerja pada waktu malam.
loading...
“Lepas ini kita boleh tanam padi pada waktu malam, kita pasang lampu spotlight, jadi boleh kerja dengan selesa. Mungkin sukar terima, lama-lama biasalah.”
Nak rakyat lebih berdikari dan tak harapkan kerajaan semata-mata
Perlaksanaan dasar ini juga dapat merealisasikan konsep ‘shared prosperity’ yang mana lebih ramai rakyat akan memperoleh pekerjaan dan mendapat upah dengan usaha sendiri, berbanding mendapat duit percuma bagi meraih sokongan rakyat seperti amalan kerajaan terdahulu.
“Amat hina jika dapat upah tanpa kerja. Jika sebaliknya, itu lebih mulia dan lebih halal. Sebaliknya, kita nak ada peluang pekerjaan supaya rakyat dapat membiayai kehidupan mereka atas usaha sendiri.”
Netizen tak sanggup nak ‘stay up‘ malam2
Rata-rata netizen menolak idea perlaksanaan dasar ini kerana bercanggah dengan rutin kebiasaan mereka. Namun, ada yang menyokong tindakan ini bagi membanteras lambakan pengambilan pekerja asing.
Post a Comment