'Selagi ada jalan memang aku tuntut sampai lubang cacing' - 2 tahun turun naik mahkamah, ibu tunggal dicerai talak 3 ini berjaya tuntut hak nafkah

'Selagi ada jalan memang aku tuntut sampai lubang cacing' - 2 tahun turun naik mahkamah, ibu tunggal dicerai talak 3 ini berjaya tuntut hak nafkah

'Selagi ada jalan memang aku tuntut sampai lubang cacing' - 2 tahun turun naik mahkamah, ibu tunggal dicerai talak 3 ini berjaya tuntut hak nafkah

'Selagi ada jalan memang aku tuntut sampai lubang cacing' - 2 tahun turun naik mahkamah, ibu tunggal dicerai talak 3 ini berjaya tuntut hak nafkah
'Selagi ada jalan memang aku tuntut sampai lubang cacing' - 2 tahun turun naik mahkamah, ibu tunggal dicerai talak 3 ini berjaya tuntut hak nafkah

Apabila berlakunya penceraian, tidak bermakna seorang lelaki itu boleh melepaskan tangan begitu sahaja, tetapi perlu bertanggungjawab ke atas nafkah-nafkah berikut seperti nafkah eddah, tunggakan nafkah isteri, mut’ah, hak mendapatkan tempat tinggal, harta sepencarian, hak jagaan anak dan nafkah anak. Tuntutan-tuntutan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan beban sebagai seorang ibu tunggal.

ARTIKEL MENARIK: Akhirnya Terjawab! Tak sangka, drama Myvi di lebuhraya Duke ni merungkai kisah keluarga.


Seperti kisah wanita ini, dia tidak hanya berdiam diri, sebaliknya dia berjuang mendapatkan haknya demi kebaikan anaknya jua. Walaupun terpaksa melalui tempoh dua tahun untuk mendapatan haknya, wanita ini tetap bersyukur dan berpuas hati dengan keadilan yang diperolehi. 

Pesanan juga dititipkan buat wanita di luar sana yang bergelar ibu tunggal supaya tidak mengalah untuk mendapatkan hak mereka sebenarnya.

SAYA menang tiga kes tuntutan nafkah mutaah, nafkah anak dan nafkah eddah oleh Mahkamah Rendah Syariah Kota Kinabalu pada 09 Mei 2019 jam 3.30 petang.

Syukur Alhamdulillah penantian dua tahun turun naik mahkamah akhirnya membuahkan hasil. Penat memang penat turun naik mahkamah. Tapi itulah pengorbanan saya sebagai seorang ibu buat anak lelaki saya Muhamad Zhafran Irfan. Ini adalah hadiah kemenangan buat kamu sayang. Mommy fight bukan sebab kebulur sangat duit bekas suami. Tapi hak tetap hak seperti yang termaktub dalam Al-Quran.

Saya diceraikan talak tiga pada bulan ramadhan 2017. Sumpah susahnya nak move saat itu. Saya tiada ibu bapa. Tiada tempat untuk mengadu domba kecuali kepada Allah Yang Maha Esa. Setiap saat saya meroyan depan Allah. Kenapa diuji begitu. Selalu saya pujuk diri pasti akan ada pelangi yang indah selepas hujan. 


loading...

Tapi susahnya nak move on. Orang senang lar cakap “MOVE ON JE LAR”. Tak kena batang hidung sendiri mana nak tahu rasa oren ke tak. Jangan hina kehidupan saya sebagai ibu tunggal. Bila-bila masa Allah boleh twist hati dan perasaan pasangan kita. Siapa kita untuk melawan. Kita cuma hamba kerdil.

Sepanjang dua tahun prosiding bermula ex selalu tak hadir ke mahkamah. Kalau hadir pown ex akan mengatakan dia belum bersedia dan jawapn penghujahan belum dijawab. Setiap kali itulah kes mahkamah asyik bertangguh je. Saya pujuk hati saya pasti akan ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Sabar dan redha. Kadang-kadang bila datang angin down pandai meroyan juga saya di depan Allah.

Masa hakim nak umumkan tentang jumlah nafkah anak, saya rasa nervous sangat. Zikir dalam hati tak henti-henti. Setiap saat saya berdoa kepada Allah supaya tunjukkan jalan kebenaran buat saya dan irfan andai kami tergolong dalam golongan orang-orang teranayai. 

Mahkamah umumkan Irfan memperolehi nafkah sebanyak RM 450 setiap bulan sehingga berumur 18 tahun. Saya akur dengan perintah mahkamah. Alhamdulilalh dapat RM450 daripada tak kena bagi langsung, kan.

Mahkamah perintahkan supaya ex menbayar nafkah tanpa culas bermula Mei 2019. Andai kata culas saya boleh failkan ke pihak atasan beliau untuk tindakan. Tapi saya ingin memohon kepada mahkamah nafkah Irfan diberi melalui potongan gaji supaya ex tak terlepas untuk membayarnya. Lagi pun sebab apa saya nak nafkah Irfan dibuat melalui potongan gaji supaya Irfan entitled sebagai waris dia memandangkan Irfan anak lelaki. Kerja polis kan berisiko jadi faham-faham sajalah, kan.

Saya perhatikan segelintir kawan-kawan saya malas nak fight hak anak. Anak sudahlah berderet, tak nak mintak nafkah. Kang kalau aku cakap bodoh, marah pula. Tapi itulah kenyataanya. 

Masa selepas bercerai dulu, ramai juga makcik-makcik bawang cakap “Ehh tak payahlah tuntut nafkah anak, nafkah eddah dan nafkah mutaah tu. Move on je lar”. Orang-orang yang cakap mcm ni jaanganlah dibuat kawan. Maaf kalau saya bersikap jujur di sini. Nafkah anak termaktub dalam Al-Quran yang wajib dituntut oleh bekas isteri bagi pihak anak. Kau susah bela anak-anak yang ramai sorang-seorang, selepas itu bekas laki kau bahagia dengan kehidupan dia. Lama-lama kau yang stress membesarkan anak. Kalau aku, sorrylah.

Selagi ada jalan memang aku tuntut sampai lubang cacing. Actually masa tuntut nafkah anak aku hampir putus asa dan menyalahkan diri. Alhamdulillah bila bercerita dengan boss di tempat kerja sampai menangis di depan boss betapa berat dugaan yang ditanggung selamma dua tahun. Boss saya nasihatkan untuk saya kuat dan fight hak anak. Itu barulah pengorbanan seorang ibu yang sebenar.

Saat diumumkan tentang nafkah eddah saya tak nak mengharap lebih. Alhamdulillah mahkamah putuskan saya mendapat RM500 setiap bulan selama tiga bulan sepanjang tempoh masa eddah yang lepas. Ini adalah hak bekas isteri yang WAJIB dituntut selepas bercerai. Ehhh korang memang tak suka duit ke? 

Akhir sekali untuk nafkah mutaah kali ini saya redha andai tiada hak mutaah untuk saya. Sebab melalui penghujahan ex dia menulis di kertas memburuk-burukan saya dengan alasan saya tidak layak sama sekali untuk dapat nafkah mutaah dari dia. Dia menulis di kertas penghujahan seperti orang yang tiada ilmu agama. Saya yang baca sampai naik malu. Ehh nasib bukan lagi suami aku. 

Malas nak cakap lebih sebab bulan ramadhan ni akhirnya mahkamah perintahkan ex saya membayar RM20,440 secara lump sum atau RM300.00 setiap bulan sehingga habis jumlah amaun mutaah yang dinyatakan tersebut.

Syukur Alhamdulillah Allah mendengar setiap rintihan dan doa saya selama dua tahun.

Wahai ibu-ibu tunggal diluar sana tak payahlah acah-acah berduit. Tahu tak kenapa Allah tetapkan hak seorang perempuan selepas bercerai. Ada sebabnya. Nafkah anak itu perlu dipohon supaya bekas isteri tak rasa terbeban membela anak seorang diri. Lelaki ini lagi kau biar lagi gatal pisang dia itu. Aku tak nak ex aku masuk neraka jadi aku mohon nafkah anak.

Nafkah eddah itu juga penting dan wajib dipohon. Bukan susah, ambil saja borang di mahkamah. Manakala nafkah mutaah itu adalah hadiah sagu hati yang wajib diberikan oleh bekas suami kepada bekas isteri. At least bekas isteri tak ada sakit hati sampai berdendam apabila diceraikan oleh suami. Betul tak?

#PerjalananHidupSeorangIbuTunggal
#SingleMomIsWin

Sumber: Nurul Asyikin Binti Rafiee via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post