Sedang menerima rawatan di Landon. Bapa update perkembangan terkini Ainul

Sedang menerima rawatan di Landon. Bapa update perkembangan terkini Ainul

AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi perempuan menghidap kaanser mulut ‘Germ Cell Tumor’, yang kini menerima rawatan di London dilaporkan sihat.

Sedang menerima rawatan di Landon. Bapa update perkembangan terkini Ainul
Sedang menerima rawatan di Landon. Bapa update perkembangan terkini Ainul

Berita itu dikongsi bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

ARTIKEL MENARIK: (Video) Suspek buat video live selepas bunuh pemandu Grab


“Ainul sihat hari ini. Baru lepas mandi,” tulisnya ringkas sambil disertakan sekeping gambar Ainul Mardiah bersama ibunya, Nurul Erwani Zaidi.

Khamis lalu, Ainul Mardhiah yang berusia sembilan bulan berlepas ke London untuk menjalani pembedahan terhadap kaanser mulut yang dihidapinya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Dr Nur Amalina Che Bakri, doktor pakar pelatih surgikal warga Malaysia yang bertugas di hospital United Kingdom, bersama sekumpulan pakar pelbagai bidang, bersedia membuat pembeedahan terhadap bayi berusia sembilan bulan itu.

Beberapa doktor pakar dijangka melawat dan membuat penilaian ke atas Ainul Mardhiah minggu ini.

loading...

Doktor dalam kalangan pakar onkologi pediatrik akan berbincang bagi mencari jalan terbaik merawat bayi itu.

Ainul Mardhiah yang lahir pada 13 Ogos lalu dilahirkan sebagai bayi pramatang atau tidak cukup bulan.

Sejurus selepas dilahirkan, Ainul Mardhiah terus dihantar ke Wad Kecemasan kerana doktor mendapati ada ketumbuhan di mulutnya.

Sejak itu, Ainul Mardhiah sudah menjalani pembedahan seawal usia 10 hari dan selepas 3 bulan pembedahan itu, ketumbuhan itu keluar sekali lagi dan doktor mengesahkan ketumbuhan itu adalah kaanser.

Selain itu, Ainul Mardhiah disarankan menjalani rawatan kimoterapi seawal usia 4 bulan dengan berat hanya 2.2 kilogram.

p/s: Semoga adik Ainul cepat sembuh. Ayuh rakyat Malaysia kita doakan kesihatann adik Ainul

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: hmetro via tubeviral.bbn.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post