Polis Dedah Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses rumah sewa Siti Kharina

Polis Dedah Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses rumah sewa Siti Kharina

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat hubungan antara Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin dengan tiga suspek pembuunuhannya.

Polis Dedah Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses rumah sewa Siti Kharina
Polis Dedah Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses rumah sewa Siti Kharina

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmad berkata pihaknya telah mengambil keterangan pemilik rumah sewa Siti Kharina, 40, di Cyberjaya, yang merupakan lokasi mayatnya ditemui, bagi membantu siasatan.


ARTIKEL MENARIK: 'Menjerit kat speaker 5 kali sehari macam orang gila' - Biadab! Netizen gesa pihak berkuasa ambil tindakan te


“Pihak kami masih siasat sejauh mana hubungan mangsa dengan suspek iaitu dua lelaki masing-masing rakyat Nigeria dan Pakistan serta seorang wanita Nigeria. Siasatan turut melibatkan pemilik rumah sewa berkenaan yang diambil keterangannya.
“Semua yang terlibat dalam membantu siasatan kita ambil kira, ia siasatan yang menyeluruh yang sesiapa sahaja yang berkaitan dengan kes ini, pihak kami akan merekodkan percakapan mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.
[EKSKLUSIF] Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses rumah sewa
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan suspek utama warga Nigeria mempunyai akses kepada rumah yang disewa Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat, suspek Aliwajuwon Gilbertalowonle, 30, menyewa sebuah unit kediaman Kondominium Third Avenue di Cyberjaya bersama Siti Kharina sejak Januari tahun ini.
“Rumah itu memang disewa atas nama maangsa (Siti Kharina), tetapi ia juga disewa bersama-sama suspek (Aliwajuwon) sejak bulan Januari tahun ini.
“Apabila kita lakukan siasatan, kita akan lakukan dengan menyeluruh.
“Kita juga akan melihat sama ada mereka ini (tiga suspek yang ditahan) terlibat dengan Macau Scam ataupun kemungkinan dadah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Sabtu.
Pada Khamis, polis menahan dua lagi suspek wanita warga Nigeria serta lelaki warga Pakistan.
Sementara itu, Fadzil juga menyatakan pihaknya telah menerima laporan bedah siasat daripada Hospital Serdang.

loading...

Punca keematian
“Punca keematian mangsa adalah akibat daripada kelaran/hirisan di bahagian leher dengan benda tajam menurut doktor,” jelasnya.
Beliau turut menolak kemungkinan Siti Kharina dirogol kerana berdasarkan laporan bedah siasat perkara itu tidak dinyatakan.
Pada Ahad lepas, pihak pengurusan Hospital Serdang mengesahkan Siti Kharina yang dilaporkan hilang sebelum ini kali terakhir dilihat di kawasan tempat letak kenderaan hospital itu pada 8 Mei lepas.
Bagaimanapun, pada Khamis polis mengesahkan Siti Kharina ditemui dibuunuh di sebuah kondominium yang disewa mangsa di Cyberjaya.
Mayat Siti Kharina ditemui pemilik rumah sewa berkenaan pada Rabu selepas melihat kesan daarah mengalir keluar dari bawah pintu bilik.
Kredit : tubeviral.bbn.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post