KUALA LUMPUR – Peraturan terbaharu untuk penggunaan cermin gelap bagi kenderaan persendirian di seluruh negara yang berkuat kuasa pada hari ini menyukarkan tugas penguatkuasaan terutamanya oleh pihak polis.
Peraturan Baharu Cermin Gelap Sukarkan Tugas Polis |
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alis berkata, pihaknya menghormati peraturan terbaru yang diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan semalam tetapi berpendapat bahawa tugas polis akan menjadi lebih sukar.
ARTIKEL MENARIK: ‘Kalau Polis Pulang Balik Rampasan Maka Saya Tak Korup’
“Perbincangan tentang peraturan tersebut juga tidak melibatkan pihak polis.
“Seharusnya ia melibatkan kami dan mungkin boleh mengambil pandangan daripada kita,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.
Azisman menambah, faktor keselamatan pasukan penguatkuasa juga akan terjejas kerana tidak boleh melihat penumpang ketika pemeriksaan dijalankan.
“Sebelum ini, penumpang dan pemandu boleh dilihat tetapi ia akan menjadi sukar kerana tiada had ketelusan cahaya ditetapkan.
“Polis juga sukar untuk melakukan pemeriksaan dan mengesan penumpang di bahagian belakang,” ujarnya.
Peraturan berkenaan juga membuatkan pasukan penguatkuasaan juga lebih sukar mengesan kesalahan-kesalahan kecil seperti menggunakan telefon bimbit atau tidak memakai tali pinggang keledar.
loading...
Kosmo! hari ini melaporkan Kementerian Pengangkutan membenarkan penggunaan cermin gelap bagi kenderaan persendirian di seluruh negara berkuat kuasa hari ini namun kebenaran itu hanya tertakluk pada bahagian cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta belakang manakala kadar peratusan cermin gelap pada bahagian cermin depan serta cermin sisi kanan dan kiri pemandu adalah kekal seperti sedia ada.
Katanya, pindaan ke atas peraturan cermin gelap di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 itu turut meliputi kenderaan e-hailing seperti Grab
Sumber: Kosmo Online
Post a Comment