Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa polis mengambil langkah saman sivil pelucuthakkan terhadap aset-asetnya berjumlah RM711 juta kerana sekiranya pihak berkuasa memulangkannya kembali maka mereka akan membuktikan dirinya tidak bersalah melakukan amalan rasuah.
‘Kalau Polis Pulang Balik Rampasan Maka Saya Tak Korup’ |
Beliau maklum tempoh maksimum penyitaan hartanya selama setahun akan tamat dalam masa sepuluh hari lagi pada 18 Mei depan yang memerlukan tindakan polis itu.
ARTIKEL MENARIK: Premis Jual Makanan ‘Geng Plastik Hitam’ Diserbu
“Jika dikembalikan, sudah tentu tindakan itu mengesahkan Najib tidak korup dan tidak membeli barangan itu menggunakan wang 1MDB atau sumber wang yang tidak sah.
“Sebab itu, mereka kini menggunakan tindakan lucuthak sivil dan bukan pendakwaan jenayah bagi elak dari memulangkan barangan terbabit,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.
Hadiah, derma, milik ibu mertua anak
Najib mempertahankan barangan tersebut merupakan hadiah dan derma.
MP Pekan berkata beliau menerima banyak hadiah daripada tamu kehormat luar negara.
loading...
Selanjutnya, Najib berkata ibu mertua kepada anak perempuanya pernah mendirikan rumah tangga dengan salah seorang yang paling kaya di dunia.
“Banyak barangan yang dirampas polis juga miliknya – termasuk hadiah yang diterima oleh anak saya dan suaminya,” katanya.
Najib merujuk kepada Maira Nazarbayeva, yang pernah berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, adik kepada presiden Kazakhstan.
Nooryana Najwa, anak perempuan Najib hasil perkongsian hidup dengan Rosmah Mansor mendirikan rumah tangga bersama anak Maira, Daniyar Kessibayev.
Mengenai wang tunai yang dirampas di hartanah berkait dengannya, termasuk 26 mata wang, Najib mendakwa duit itu merupakan derma untuk kempen pilihan raya Umno.
“Saya juga telah menjelaskan banyak kali bahawa wang tunai yang dirampas adalah bagi kegunaan parti untuk PRU14.
“Bagaimanapun, PH telah menggunakan rampasan aset itu sebagai salah satu alat propaganda yang amat kejam untuk memalukan saya dengan menuduh saya memperolehi wang dan barangan itu dari aktiviti tidak sah atau dari 1MDB,” katanya.
Serbuan terhadap hartanah yang dikaitkan dengan Najib di Pavillion Residences di Kuala Lumpur pada 18 Mei tahun lepas menyita 72 beg wang tunai dan barang kemas serta 284 kotak beg tangan berjenama.
Pada 27 Jun tahun lepas, polis menyenaraikan barang-barang yang dirampas termasuk tunai RM116.7 juta dalam bentuk 26 mata wang, 567 beg tangan, 423 jam tangan, 234 cermin mata hitam dan lebih 10,000 barang kemas.
Polis menganggarkan rampasan tersebut bernilai antara RM686.37 juta hingga RM1.1 bilion.
Sumber: Malaysiakini
Post a Comment