‘Menangis ketakutan keluar rumah..’ – Berebut tanah, Abang tekad R0B0H sebahagian rumah pusaka.

‘Menangis ketakutan keluar rumah..’ – Berebut tanah, Abang tekad R0B0H sebahagian rumah pusaka.

PASIR PUTEH: KonfIik keluarga menyebabkan seorang lelaki mengambil tindakan merob0hkan sebahagian rumah adik perempuannya menggunakan jengkaut bagi mengosongkan kawasan terbabit kerana dibina dalam lot tanah miliknya di Kampung Selinsing, dekat sini, pagi kelmarin.

‘Menangis ketakutan keluar rumah..’ – Berebut tanah, Abang tekad R0B0H sebahagian rumah pusaka.
‘Menangis ketakutan keluar rumah..’ – Berebut tanah, Abang tekad R0B0H sebahagian rumah pusaka.

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, menyebabkan suri rumah berusia 40-an bersama lima daripada enam anaknya yang sedang tidur, hanya mampu menangis ketakutan melihat bahagian belakang rumah yang didiami keluarga mereka sejak 20 tahun itu dirob0hkan secara tiba-tiba.

ARTIKEL MENARIK: Kakak sulung kongsi pesanan terakhir Chef Adam kepada semua


Ketika kejadian, suami mngsa yang bertugas di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) mempunyai urusan kerja di Sabah, manakala seorang anak lagi tiada di rumah.
Usaha lelaki terbabit tinggal berjiran dengan adiknya itu, merob0h bahagian rumah berkenaan dibantu kira-kira 20 rakan yang mengawal keadaan, menyebabkan penduduk kampung yang bersiimpati dengan keluarga mngsa, hanya mampu memerhati dari jauh.
Mngsa yang enggan namanya dikenali berkata, kejadian berlaku ketika beliau menyediakan sarapan, manakala lima anaknya berusia antara empat hingga 15 tahun sedang tidur.
“Secara tiba-tiba, pemandu jengkaut sambil diawasi beberapa lelaki bertindak mer0bohkan sebahagian rumah saya yang terletak atas lot milik abang sehingga saya takuut keadaan keselamatan diri dan anak.
Terus keluar rumah
“Saya bergegas mengejutkan semua anak keluar menyelamatkan diri kerana bimbang rumah rob0h akibat tindakan itu dan kami hanya mampu menangis ketakutan,” katanya ketika ditemui media, semalam.
Kejadian itu menyebabkan keluarga berkenaan kini terpaksa tinggal menumpang di rumah ibu saudara mereka di kampung terbabit.
Suri rumah itu berkata, beliau dan suaminya sudah menjangka rumah mereka akan dirob0hkan kerana kedudukan sebahagian binaannya terletak atas lot milik abangnya tetapi tidak menyangka tindakan itu dilakukan kelmarin.
“Saya terkejut kerana tindakan abang dilakukan ketika suami tiada di rumah, malah kami sedih dengan dugaan yang terpaksa ditempuh menjelang Ramadan,” katanya.

loading...

Suri rumah itu berkata, walaupun sebahagian rumahnya dibina atas kawasan lot tanah milik abangnya, tetapi perjanjian lisan sebelum ini tidak menimbulkan masalah.
Semasa Ibu Bapa masih hidup tiada masalah
Katanya, kawasan tapak rumah itu asalnya tanah pusaka milik arwwah ibu bapa mereka dan rumah didiaminya dibina ketika bapanya masih hidup.
Beliau berkata, disebabkan perseIisihan keluarga, abangnya bertindak membawa isu lot tapak rumah itu ke mahkamah dan keputusan berpihak kepada abangnya.
“Kami sudah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu tetapi abang mendakwa mempunyai notis supaya tanah miliknya dikosongkan.
Tanah dibahagi dua dengan abang
“Saya sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh.
Sebenarnya, tanah ini terbahagi dua iaitu bahagian depan milik saya dan bahagian dapur pula milik abang seperti dipuutuskan mahkamah dan saya kini berserah kepada Allah,” katanya.
Sumber : Berita Harian Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post