Ada Kaitan Dengan Sebiji Berlian Yg Perlu Diserahkan, Adik Dedah Wasiat Faziani Sebelum ‘Pergi

Ada Kaitan Dengan Sebiji Berlian Yg Perlu Diserahkan, Adik Dedah Wasiat Faziani Sebelum ‘Pergi

Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, 39, pernah berpesan agar empayar perniagaan yang dibinanya lebih 20 tahun itu diuruskan dengan baik.

Ada Kaitan Dengan Sebiji Berlian Yg Perlu Diserahkan, Adik Dedah Wasiat Faziani Sebelum ‘Pergi
Ada Kaitan Dengan Sebiji Berlian Yg Perlu Diserahkan, Adik Dedah Wasiat Faziani Sebelum ‘Pergi

Pesanan itu dibuat beberapa bulan sebelum kemat1annya.


ARTIKEL MENARIK: ‘Menangis ketakutan keluar rumah..’ – Berebut tanah, Abang tekad R0B0H sebahagian rumah pusaka.


Wasiat itu dikongsikan adik kelima Allahyarham, Mohd Faizul Rohban Ahmad, 34, kepada Sinar Harian di sini semalam.
Dalam kenangan… Mohd Faizul (kiri) bersama Allahyarham (kanan) dan suaminya, Ahmad Shah Rizal ketika penggambaran produk di Indonesia.
Menurut Mohd Faizul, Allahyarham mahukan suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim dan adik-beradiknya menguruskan perniagaan secara bersama sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepadanya.
Mohd Faizul berkata, dia juga perasan perubahan kakaknya itu sejak awal tahun lagi apabila ibu kepada lapan anak itu sering mengadu terlalu penat dan mahu berehat panjang selepas ini.
“ Kak Ni (Allahyarham Faziani) sendiri pesan kepada keluarga dan suami supaya kami dapat uruskan perniagaannya elok-elok nanti jika ada apa-apa yang berlaku kepadanya.
Dia mahu berehat dan tidak mahu terlibat dengan perniagaan lagi.
Wasiat terakhir 
“ Dia ada bagi tahu saya, isteri saya dan adik-beradik supaya ingat segala wasiatnya dan menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan memberi didikan terbaik,” katanya.


loading...

Berlian untuk anak arwwah
Mohd Faizul berkata, kakaknya juga berpesan jika dia sudah tiada lagi, sebiji berlian simpanan Allahyarham perlu diberikan kepada anaknya, Irdina Hakim Jasman, 16.
Jangan berebut harta
“ Saya tidak pernah tengok berlian itu, tapi dia minta berikan kepada Irdina dan dia mahu kesemua anaknya tidak berebut harta kerana kakak sudah sediakan sebuah rumah setiap seorang,” katanya.
Faziani mavt dalam kemaIangan jalan raya di Pattani, Thailand kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin selepas Toyota Estima dipandu suaminya merepuh belakang lori dalam perjalanan untuk menyampaikan sumbangan zakat di Pondok Krong, Yala.
Sementara itu anak Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, pengasas produk kecantikan Dnars Skincare yang dikenali sebagai Iqbar Hakim memohon orang ramai mendoakan arwwah ibunya ditempatkan bersama para solihin.
“ Assalamualaikum semua, saya ada berita kurang gembira. Saya baru saja selepas kehilangan bonda kesayangan saya, disebabkan kemaIangan.
“ Saya dalam perjalanan pulang ke kampung. Kepada semua, kalau boleh sedekahkan al-Fatihah kepada mommy saya semoga dia ditempatkan bersama kalangan orang yang beriman. Terima kasih,” katanya melalui video tersebut.
Dalam entri yang berlainan, Iqbar turut berkongsi perasaannya yang masih terkejut dengan berita tersebut, selain mewakili Allahyarham ibunya memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan yang dilakukan, termasuklah untuk menuntut sebarang hutang jika ada.
“ Ujian berat untuk saya, saya tak kuat, tapi saya perlu untuk adik saya tujuh orang,” katanya.
p/s: semoga aarwah ditempakan di kalangan orang-orang yang beriman
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. 
Sumber: sinarharian via tubeviral.bbn.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post