Kisah Hidup Shah Rukh Khan Yang Dahulunya Sangat Miskin Sebelum Bergelar Pelakon

Kisah Hidup Shah Rukh Khan Yang Dahulunya Sangat Miskin Sebelum Bergelar Pelakon

Tidak perlu lagi diperkenalkan siapakah jejaka kacak di dalam gambar di bawah ini. Sebut sahaja namanya, sudah membuatkan kita terbayang-bayang lakonan romantiknya di dalam Kuch Kuch Hota Hai ataupun Mohabbatein.

Kisah Hidup Shah Rukh Khan Yang Dahulunya Sangat Miskin Sebelum Bergelar Pelakon
Kisah Hidup Shah Rukh Khan Yang Dahulunya Sangat Miskin Sebelum Bergelar Pelakon


Datuk Shah Rukh Khan atau SRK. Nama yang cukup popular di dunia Bollywood serta di dalam industri perfileman dunia dan secara khususnya mendapat tempat istimewa di hati para peminatnya di Malaysia.

Namun, sedikit yang mengetahui sejarah kehidupan beliau yang hebat ini bermula dengan kisah lampau yang telah mencorakkan beliau antara pelakon yang paling berjaya di dunia Bollywood.

ARTIKEL MENARIK: Dr Amalina bantu Ainul


srk
Shah Rukh Khan akan berumur 52 tahun pada 2 November nanti dan beliau dilahirkan di dalam keluarga Islam di New Delhi. Beliau telah berkahwin dengan Gauri Khan dan mempunyai 3 orang anak. Shah Rukh Khan merupakan pelakon, pengarah dan juga pernah menjadi pengacara televisyen.
Ayahnya bernama Meer Taj Mohammed Khan dan ibunya bernama, Lateef Fatima berasal dari Peshawar. Ayahnya mempunyai beberapa perniagaan seperti restoran dan hidup sederhana di apartment yang disewanya. 
ayah dan ibu shah rukh khan 589
Beliau membesar di kejiranan Rajendra Nagar di Delhi dan bersekolah di St. Columbus. Di sini, beliau aktif dalam bidang sukan, drama dan juga seorang pelajar yang cemerlang dari segi akademik. Malah, beliau juga dianugerahkan Sword of Honour, iaitu anugerah tahunan St. Columbus bagi pelajar contoh sekolah.

loading...


shah rukh khan menerima sword of honour
Selepas itu, beliau menghadiri Kolej Hansraj dari tahun 1985 sehingga 1988 dan telah mendapat ijazah di dalam bidang ekonomi. Kemudian, beliau meneruskan pengajian dalam bidang Sarjana di Jamia Millia Islamia, namun beliau berhenti separuh jalan kerana minatnya dalam bidang lakonan begitu mendalam.
Namun, beliau telah dikejutkan dengan tragedi malang apabila ayahnya telah meninggal dunia disebabkan kanser pada tahun 1981. 10 tahun kemudian, ibunya turut meninggalkannya akibat komplikasi penyakit diabetes. Akibat kematian kedua ibubapanya, kakak Shah Rukh Khan iaitu Shahnaz telah mengalami tekanan perasaan dan Shah Rukh Khan telah bertindak menjaganya. Kini, kakaknya masih lagi tinggal bersama Shah Rukh Khan dan keluarganya di rumahnya di Mumbai.
Akibat ketiadaan tempat bergantung, Shah Rukh Khan telah kehabisan duit dan bagi menyara hidup, beliau telah bekerja di tempat konsert dengan bayaran Rs.50 iaitu kira-kira RM3.40.
shah rukh khan semasa remaja

"Ketika saya datang ke Mumbai untuk berlakon, saya tiada tempat untuk tidur dan juga tiada wang." - Shah Rukh Khan

Beliau bermula dengan watak kecil di dalam filem dan drama. Beliau dibayar Rs.25,000 atau RM1700 sahaja untuk lakonannya di dalam filem yang bertajuk "Kabhi haan Kabhi naa". Di hari pembukaan filem itu, beliau sendiri yang menjual tiket filem itu kepada orang ramai. Ketika itu, beliau hanya tidur di tepi pantai ataupun di perhentian bas kerana tiada tempat tinggal.
Namun, pada tahun 1992, hidupnya berubah. Selepas 5 tahun berusaha keras di dalam industri filem, filem "Deewana" telah menjadi filem box office dan telah memenangi Pelakon Debut atau Baru Terbaik untuk FilmFare.
shah rukh khan deewana

Beliau berkata, "Saya berlakon kerana takutkan kemiskinan berbanding dengan minat lakonan"

Shah Rukh Khan telah berlakon di dalam filem-filem yang tidak diingini oleh pelakon lain namun tuah manusia siapa yang tahu, satu persatu filem yang dilakonkannya menjadi hits.
shah rukh khan kuch kuch hota hai
Hari ini, Shah Rukh Khan digelar "King Khan" dan merupakan pelakon Bollywood paling kaya dalam sejarah. Pada tahun 2016, beliau mendapat bayaran sebanyak $33Juta ataupun RM145.55Juta, meletakkan beliau di tangga ke 86 dalam 100 selebriti paling kaya tahun lepas. Dari RM3 kepada RM145.55Juta, siapa sangka hidup beliau berubah kerana tindakan beliau yang berani itu.
shahrukh khan
Cerita Shah Rukh Khan ini mengajar kita bahawa, kejayaan dan kegagalan adalah sebahagian rencah kehidupan. Kedua-duanya tidak kekal dan percayalah kepada usaha anda.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post