Dr Amalina bantu Ainul

Dr Amalina bantu Ainul

“PETANG semalam (waktu Malaysia) Dr Amalina ada hubungi saya di WhatsApp, dia beritahu akan bantu Ainul Mardhiah,” kata Nurul Erwani Zaidi, 24, ibu kepada bayi lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap kanser Germ Cell Tumor.

Dr Amalina bantu Ainul
Dr Amalina bantu Ainul

Nurul Erwani berkata, Dr Nur Amalina Che Bakri cuba menghubunginya dengan membuat carian di Instagram (IG) sebelum mereka berhubung melalui mesej di media sosial itu.

ARTIKEL MENARIK: Dijemput Ilahi Ketika Sedang Baca Surah Al-Mutaffifin. Adik Dedah Almarhumah Sempat Muatnaik Status Pelik Sebelum Meninggal




AINUL yang menghidap kanser Germ Cell Tumor.

Katanya, selepas mendapat mesej di IG, dia memberikan nombor telefonnya kepada Dr Amalina sebelum doktor yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu menghubunginya menerusi WhatsApp.

“Dalam perbualan kami, Dr Amalina minta laporan perubatan anak saya kerana akan membawa isu itu kepada doktor di sana termasuk pakar dalam bidang masing-masing.


DR AMALINA BAKRI


“Menurutnya, dia akan sentiasa berhubung dengan saya.

“Begitupun, Dr Amalina juga beritahu yang UK sedang cuti umum dua hari, jadi dia hanya dapat kemukakan kepada doktor lain laporan perubatan itu, minggu depan (ini) dan akan terus menghubungi saya selepas bermesyuarat dengan doktor lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, sebagai ibu, dia gembira apabila ada doktor dari luar negara sudi membantu mencari jalan memulihkan anaknya.

Selain itu, katanya, seorang doktor tempatan dari hospital swasta ada menyarankan mereka sekeluarga mengisi borang untuk mendapatkan khidmat perubatan di Amerika Syarikat (AS).


STATUS di akaun IG dramalinabakri memuat naik hasratnya membantu merawat penyakit dialami Ainul Mardhiah.

“Doktor itu beritahu saya untuk isi borang selengkapnya bagi dihantar ke Universiti Perubatan John Hopkins, Baltimore, Maryland, AS. Dia akan bantu kirimkan borang itu kepada universiti terbabit,” katanya.


Kelmarin, Dr Amalina menerusi akaun IG dramalinabakri memuat naik status kecenderungannya menjadi doktor untuk membantu orang lain dan mengutarakan penyakit dialami Ainul Mardhiah.

Dalam statusnya itu, tertulis yang dia menerima laporan perubatan Ainul Mardhiah daripada Nurul Erwani, malah juga menghubungi beberapa rakan doktornya daripada pelbagai bidang kepakaran untuk membincangkan kes yang dianggap kompleks itu.


loading...

Artikel berkaitan: Cuba Dapat Rawatan Pakar Kanser UK, Bapa Harap Ainul Mardhiah Kuat Dan Berpeluang Sembuh

Sebelum ini kisah mengenai Ainul Mardhiah, seorang bayi perempuan yang menghidap kanser pada mulut mengundang rasa simpati bagi sesiapa saja yang melihatnya.

Sejak kisahnya jadi viral, seluruh rakyat Malaysia mendoakan yang baik-baik untuk anak syurga ini terus kuat dan sihat.



Berkat keprihatinan orang ramai, bayi berusia lapan bulan itu menerima pelbagai sumbangan sehingga ada yang sanggup membantu Ainul Mardhiah mendapat rawatan terbaik d luar negara.

Terbaru, bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkongsi perkembangan anaknya dan  memberitahu sedang menunggu maklum balas bagi menjalani rawatan daripada pihak di sebuah hospital di United Kingdom.



Tiada yang mustahil bagi Allah SWT

Menurut Ahmad Safiuddin, salah seorang kenalannya di sana telah membawa laporan kesihatan Ainul untuk diberikan kepada pakar perubatan kanser di hospital tersebut.

“Kenalan di sana dah bawa medical report ainul kepada pakar perubatan kanser di sana. Harap mereka boleh lakukan sesuatu!” katanya.

Tambah Ahmad Safiuddin, dia akan mencari pelbagai alternatif bagi menyembuhkan penyakit Ainul selagi Yang Maha Kuasa memberi peluang anaknya untuk terus bernafas.



“Selagi Allah izinkan Ainul bernafas, selagi itu walid akan cari jalan untuk merawat Ainul.

“Doakan supaya Allah mengizinkan Ainul pergi ke sana. Hanya Allah penentu segalanya,” ujarnya.

Allahuakhbar Rezeki Ainul Tak Putus
Kerja Allah, rahsia Allah, mungkin ini lah yang selama ini orang nasihat pada walid supaya terus bersabar berbakti untuk anak dan Allah akan beri rezeki yang tidak dijangka-jangka.

Selama ini walid tidak pernah mempertikaikan kenapa Allah jadikan kakak begini, tapi walid selalu minta supaya apa pun Allah nak beri, mudah-mudahan Allah beri sekali walid dan mama kekuatan untuk tempuhi hari mendatang. Tak sangka, satu malaysia sedang bercerita pasal kakak.


Ainul Mardhiah, kini walid dan mama tahu kenapa kamu dilahirkan di atas muka bumi ini, kamu wujud di muka bumi ini dengan membawa mesej dari Tuhan bahawa setiap perkara yang Allah jadikan bukan perkara yang sia-sia.
Semoga adik Ainul dan keluarganya terus kuat dalam menghadapi dugaan ini sementara menunggu rawatan yang akan menyusul selanjutnya.


Sumber: Hmetro Ahmad Safiuddin via Majalah PAMA  via Express Viral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post