Isu tak bersalaman: Akhrinya Mukhriz mengeluarkan kenyataan ini kepada Sultan Johor

Isu tak bersalaman: Akhrinya Mukhriz mengeluarkan kenyataan ini kepada Sultan Johor

MENTERI Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir memohon maaf kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar susulan tindakannya tidak bersalaman dengan baginda pada Khamis.

Isu tak bersalaman: Akhrinya Mukhriz mengeluarkan kenyataan ini kepada Sultan Johor
Isu tak bersalaman: Akhrinya Mukhriz mengeluarkan kenyataan ini kepada Sultan Johor

Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Mohd Fisol Jaafar memaklumkan bahawa satu surat permohonan maaf telah diutuskan oleh Mukhriz kepada Istana Johor pada Jumaat.

ARTIKEL MENARIK: Tengku Amir ‘sempoi’ jalan sorang2 pergi bazar Ramadan hanya untuk beli ini?


“Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini telah mengutus surat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bagi memohon ampun dan maaf atas kekhilafan beliau tidak bersalaman dengan baginda di Istana Sultan Abu Bakar, Pahang semalam.
“Menteri besar Kedah telah menyembah maklum kepada baginda bahawa Kekhilafan tersebut adalah kerana kealpaan beliau sendiri dan tidak menggambarkan sifat sopan santun rakyat Kedah Darul Aman”.
Insiden tersebut berlaku ketika Sultan Ibrahim memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.
Video Mukhriz tidak bersalaman dengan Sultan Ibrahim menjadi tular di media sosial dengan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Jumaat turut berkongsi sebuah video berdurasi 14 saat yang dimuat naik di Twitter Friends of Johor.
Dalam rakaman tersebut, Mukhriz dilihat tidak bersalaman dengan Sultan Ibrahim sebaliknya terus bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah yang berdiri di sebelah kiri Sultan Ibrahim.


loading...

Berikut reaksi  dari warganet:
“Honestly… ive done that too.. not that i didnt want to shake hands but i saw someone better catching my eyes and i was excited..
It cud happened to anyone even at funeral.”
p/s : Semoga semua baik-baik belaka. Tak elok bergaduh sesama kita kerana hal-hal seperti ini. Permohonan maaf sudah dibuat, ayuh kita bergerak kehadapan 
sumber: mstar via tubeviral.bbn.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post