Adik pernah diT4MPAR, tudung dik0yak & sejadah dibuang kerana masuk Islam tanpa izin keluarga!

Adik pernah diT4MPAR, tudung dik0yak & sejadah dibuang kerana masuk Islam tanpa izin keluarga!

Adik pernah ditampar ayah gara-gara tindakannya memeluk Islam, tanpa pengetahuan keluarga. Tudung dikoyak, sejadah dibuang.

Adik pernah diT4MPAR, tudung dik0yak & sejadah dibuang kerana masuk Islam tanpa izin keluarga!
Adik pernah diT4MPAR, tudung dik0yak & sejadah dibuang kerana masuk Islam tanpa izin keluarga!

Berikut antara kejadian menyebabkan Nuradlin Lim Cia Cia tidak terfikir untuk memeluk Islam.

ARTIKEL MENARIK: “Andai Esok Saya Tiada..” – Ini Amanat Arwah Ustaz Abu Hassan Din Buat Keluarga Dan Pendakwah



Apatah lagi hatinya tidak terlalu memikirkan agama yang benar sebagaimana yang difikirkan adiknya, Nuradlin mengabaikan luahan hati adiknya, Gladys Lim Yin Yin yang memang sudah lama menyimpan hasrat memeluk Islam.
Namun, hidayah itu milik Allah. Hanya lepas melanjutkan pengajian ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Nuradlin berasakan sesuatu yang luar biasa dalam Islam.
Mengikuti pengajian ijazah dalam bidang Perubatan, Nuradlin akui dia banyak berdepan tekanan membabitkan pengajiannya. Malah, dengan latihan ketenteraan yang perlu diikuti selepas selesai kuliah pada waktu petang, hujung minggu dan cuti semester, dia mencari jalan untuk berjaya dalam kedua-duanya.
“Saya tertanya-tanya, kenapa rakan kuliah saya yang beragama Islam kelihatan sungguh tenang menghadapi peperiksaan dan latihan tentera, tidak pula tertekan seperti saya.
“Mereka perlu solat berjemaah setiap hari dan kelihatan ceria selepas itu, masih berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan meskipun meluangkan masa lima kali untuk solat, berbanding saya yang asyik belajar ketika mereka solat tetapi keputusan peperiksaan tidaklah sebaik mana.
“Saya anggap solat itu kunci utama. Apabila saya cuba, ajaibnya kuasa solat, memberikan ketenangan kepada saya,” katanya.
Menceritakan lebih lanjut, Nuradlin berkata, sebaik memeluk Islam, dia memutuskan untuk menutup aurat sebagaimana dikehendaki syariat.
Sekali lagi, Nuradlin akui betapa dia berasa selamat apabila berpakaian mengikut syariat Islam, berbanding pakaian mendedah aurat yang menjadi ‘jamuan percuma’ buat lelaki mata keranjang.

loading...

“Saya terfikir, adik saya memeluk Islam ketika dia baru saja memasuki universiti. Selepas itu ayah menghentikan elaun bulanan kerana marah dia peluk Islam, adik saya masih berupaya belajar berbekalkan kerja sambilan yang dibuat.”
“Sedangkan saya yang cuma perlu belajar tanpa masalah kewangan, asyik tertekan. Saya mula sedar bahagianya dengan Islam selepas itu,” katanya.

Sejak memeluk Islam dari tahun 2016, Nuradlin kini kerap meluangkan masa bersama enam rakan serumah yang juga mahasiswi Perubatan UPNM, sama-sama mendalami Islam.
“Tak mengapa, saya yakin hati dia akan lembut juga nanti.” Nuradlin menjelaskan bahawa dia tidak pernah berputus harap supaya dibukakan hati bapanya, untuk menerima dia & adiknya sebagai seorang Muslim.
“Ibu pula, sudah berpisah dengan ayah ketika kami masih di bangku sekolah lagi. Ibu lebih terbuka malah ibu pernah memberitahu guru saya bahawa dia juga mungkin akan memeluk Islam selepas saya dan adik saya berkahwin nanti”
“Tak sabar untuk tunggu hari itu. Tak sabar untuk bersalaman dengan ibu pada pagi raya. Itulah saat yang akan menambah kesempurnaan hijrah saya, insya-Allah,” kata Nuradlin Lim Cia Cia.
Sudah pernah berpuasa penuh meskipun masih belum memeluk Islam secara rasmi, Nuradlin tidak berdepan sebarang masalah untuk menunaikan ibadat ini.
“Apa yang saya sangat mensyukuri adalah memiliki rakan-rakan yang banyak membantu, tidak pula memiliki sikap negatif sebagaimana kerap dikaitkan dengan kaum Melayu.
“Mereka sendiri selalu menasihati saya supaya tidak henti mendoakan ibu bapa meskipun sudah berbeza agama. Menitis juga air mata apabila mendoakan mereka setiap kali sesudah solat tetapi insya-Allah, pasti ada kebaikan akhirnya nanti,” kata Nuradlin.
sumber; Hidayah Centre Pahang via islamikmedia  via CelotehSaje

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post