HARIMAU mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Namun pemergian Datuk Seri Abu Hassan Din turut meninggalkan ilmu dakwahnya kepada umat Islam.
“Andai Esok Saya Tiada..” – Ini Amanat Arwah Ustaz Abu Hassan Din Buat Keluarga Dan Pendakwah |
Sepanjang hayatnya selama 72 tahun, arwah pernah menitipkan beberapa pesanan buat ahli keluarganya, masyarakat dan para pendakwah yang masih berjuang di atas muka Bumi ini.
ARTIKEL MENARIK: “Barang baby dah beli ke? Jangan sibuk dengan janda saja” - Netizen tanya tetapi dengan PU Abu pun jawab ‘Okey’
Pelakon Adam Corrie telah memuat naik sepotong video di laman Instagram memperlihatkan Allahyarham berpesan mengenai kehidupan sekiranya beliau ditakdirkan pergi menghadap Illahi.
“Hidup ini untuk sementara, bukan untuk selama-lamanya. Kita mesti ingat bahawa tempat kita sebenar di hari akhirat.
“Andainya esok saya tiada, pertama harapan saya adalah anak2 dan keluarga saya. Alhamdulillah anak2 membanggakan saya, tiada yang menyusahkan.
View this post on Instagram
A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on Apr 30, 2019 at 9:09pm PDT
“Saya harap anak-anak teruskan dalam suasana hari ini. Dari segi perhubungan, ibadat.. Allahuakhbar.
“Untuk masyarakat dan pendakwah sekeliling, jalankan tugas dengan amanah serta jujur.. Kerana Allah sediakan balasan untuk kita,” katanya.
Rakaman video berdurasi seminit itu mengundang sebak netizen yang rata-rata mengakui pemergian adik kepada bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din itu merupakan satu kehilangan besar buat umat Islam.
loading...
Sebaknya! Hilang sebuah rahmat dan perjuangan
Perginya seorang permata ummah
Membesar dengan kuliah-kuliah arwah. Menitis air mata!
Satu kehilangan besar
Terasa pemergian arwah
Sumber: Adam Corrie
Perginya seorang permata ummah
Membesar dengan kuliah-kuliah arwah. Menitis air mata!
Satu kehilangan besar
Terasa pemergian arwah
Sumber: Adam Corrie
Post a Comment