(Video) “Kau Jangan Sampai Aku Bukak Aibb Kau…” – Kak KM Panas Sepupu Kutuk Majlis Kahwin Adik Tayang Penari

(Video) “Kau Jangan Sampai Aku Bukak Aibb Kau…” – Kak KM Panas Sepupu Kutuk Majlis Kahwin Adik Tayang Penari

Rasanya satu Malaya dah tahu isu majlis perkahwinan anak Normah Damanhuri iaitu Ahya Rosli yang mengundang kecaman hebat netizen kerana memaparkan tarian luc ah di majlis yang penuh dengan adat-adat kemelayuan.

(Video) “Kau Jangan Sampai Aku Bukak Aibb Kau…” – Kak KM Panas Sepupu Kutuk Majlis Kahwin Adik Tayang Penari
(Video) “Kau Jangan Sampai Aku Bukak Aibb Kau…” – Kak KM Panas Sepupu Kutuk Majlis Kahwin Adik Tayang Penari

Setelah bertubi-tubi terima kecaman sana sini, tempiasnya pasti terkena kepada ahli keluarga lain juga kerana mereka pasti dianggap dengan sengaja merelakan perkara tersebut berlaku.

ARTIKEL MENARIK: Netizen Lancar Gerakan Boikot Keluarga Normah Damanhuri? – “Memalukan Orang Islam…”




“Allah Memang Nak Pelihara Mak Aku Dan Aku Sekeluarga”

Antara yang terkena tempias tersebut ialah Faris Al-Hajari iaitu anak saudara kepada Normah dan anak lelaki kepada Aripah Damanhuri yang juga seorang pelakon senior.

Menurut Faris di posting Facebook, dia bersyukur mereka sekeluarga terpelihara daripada ‘kejadian’ tersebut berlaku di depan mata oleh kerana beberapa insiden yang berlaku. Malah Faris juga tegaskan yang emaknya, Aripah memang sangat berbeza dari Normah. Dorang bukan orang yang sama tau gais!



Sebetulnya, org yg paling aku kesian dan risaukan bila isu wedding ala jahiliah tu meletup ialah mak aku.

Sudah tentulah, org pertama yg akan di”serang” ialah dia. Bertalu² msg masuk minta penjelasan. X kurang yg melahirkan simpati. X kurang juga yg perli dan maki, seolah² mak aku dan aku sekeluarga “redha” kemungkaran semalam tu berlaku.

Tak kurang juga org ingat Aripah Damanhuri dan Normah Damanhuri itu org yg sama. No! Bukan! They are different, literally and figuratively.

Sebenarnya, kalau dikaji balik rentetan peristiwa semalam, Allah mmg nak pelihara mak aku dan aku sekeluarga drpd bersubahat dgn benda jahanam tu.

Mak aku pada awalnya nak pergi awal ke rumah keluarga pengantin sbb sedara mara semua dah berkumpul, tapi ubah rancangan last minute nak ikut aku je. Aku pulak ada patient pagi tu, habisnya jam 12 lebih jugak. Kami bertolak ke lokasi kenduri pun dah 1 lebih. Lewat. Sampai lokasi jam 1.30 ptg. Bila dah lambat, maka kami duduk belakang² je la, dekat dgn pintu masuk dewan. Pengantinnya nunnn di depan.

Mak aku sebetulnya diminta join makan beradab, tapi terpaksa bangun awal sbb nak lawat anak buah kakak aku yg masuk hospital. Memandangkan kami kat belakang, maka mudahlah kami nak gerak balik.

Kami pun bergerak keluar dewan lebih kurang jam 2.30 mcm tu.

Tiba² masa mak aku tunggu aku bawa kereta jemput dia n isteri² aku, dah kedengaran havok dlm dewan. Rupanya “persembahan” dah bermula. Kami pun cepat² blah.

“Allah Memang Pelihara Kami.”

Apa akan jadi jika kami sampai lebih awal, dan duduk di bahagian depan?
Apa akan jadi jika kami x perlu ke hospital dan lepas tu duduk lebih lama di situ sampai berlangsungnya “persembahan” tu?

Apa akan jd jika mak aku x bangun awal dr meja makan beradab, lalu terakamlah wajah mak aku ketika tarian jijik tu berlangsung?

Bila aku kenang balik, sesungguhnya Allah nak pelihara kami. Allah pelihara mak aku drpd aib.

Mak aku mmg sakit kepala sgt. X sepatutnya begitu. Dia membesarkan kami adik beradik seorang diri sejak 30 tahun lepas. Bapak aku meninggal dunia tahun 1989. Sejak itulah dia struggle membesarkan kami adik beradik di samping bekerjaya sebagai pelakon drama. Bukan sikit pengorbanan yg dia buat.

Alhamdulillah, Allah angkat darjat dia. Allah izinkan semua menantunya jenis menutup aurat dan tidak “over”. Allah izinkan satu²nya anak perempuan dia menjadi “gadis pingitan” yang orang tak tahu pun wujud. 

Org setaman boleh xtau mak aku ada anak dara, punya la kakak aku bukan jenis sosial. Allah izinkan mak aku berkawan dan mengikuti kuliah² agama terutamanya kuliah Ustzh Norhafizah Musa. In one sense, dia seorg ibu yg hebat dan x pernah ajar anak² dia tenggelam dlm dunia glamour selaku “keluarga artis”.

Aku bersyukur Allah kurniakan Aripah Damanhuri ini sebagai ibuku. Dan x sepatutnya dia pening kerana perbuatan org lain. Dia berjaya didik anak² dia menjadi insan yg baik insya Allah. Kini aku pula mengambil inspirasi itu utk mendidik keluarga aku menjadi keluarga yg mawaddah.

loading...


“Wowwww TAHNIAH YANG POYO DAN PURA-PURA ALIM”

Sepantas kilat, posting yang ditulis Faris itu sampai ke pengetahuan Kak KM atau Liana Rosli yang kemudian memberi jawapan balas di instastoriesnya. Menurut Liana, Faris hanyalah berpura-pura dan dia mengugut untuk membuka aib sepupu serta makciknya sendiri kalau mereka keterlaluan.

Bagi yang masih blur, Normah dan Aripah ni adik beradik tau. Jadinya Kak KM dengan Faris ni sepupu lah dan Normah ni makcik kepada Faris. Oh gitu.



“Depan-Depan Boleh Kau Nak Senyum, Belakang Kau Main Taik Kan?”

Tak cukup dengan posting kat atas, Kak KM juga telah merakam video di instastories untuk meluahkan rasa tak puas hati kepada Faris. Menurutnya, Faris tak sepatutnya keluarkan kenyataan sebegitu kerana mereka mempunyai talian persaudaraan dan sering bertemu di majlis-majlis keluarga.

Kak KM beri amaran supaya jangan buat dia hilang sabar sehingga dia buka aib tentang keluarga Faris pulak. Ayooo dah jadi hal besar ni!

Apa-apapun admin berharap masalah antara keluarga ini dapatlah diselesaikan secara baik. Tak eloklah kalau Kak KM bergaduh dengan sepupu sendiri kan. Lagipun mak Kak KM dan Faris ni bersaudara. Kita doa yang baik-baik jelah ye.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post