“Kami Bukannya Orang Senang!…” – 100 Pemandu Grab Berang Dihalau Balik Dari Institusi Memandu Kerana Alasan Tidak Sedia

“Kami Bukannya Orang Senang!…” – 100 Pemandu Grab Berang Dihalau Balik Dari Institusi Memandu Kerana Alasan Tidak Sedia

Aplikasi Grab (E-Hailing) semakin mendapat perhatian ramai kerana fungsi perkhidmatannya yang pelbagai.

“Kami Bukannya Orang Senang!…” – 100 Pemandu Grab Berang Dihalau Balik Dari Institusi Memandu Kerana Alasan Tidak Sedia
“Kami Bukannya Orang Senang!…” – 100 Pemandu Grab Berang Dihalau Balik Dari Institusi Memandu Kerana Alasan Tidak Sedia

Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mewajibkan pemandu perkhidmatan e-hailing seperti GrabCar untuk memohon lesen kenderaan perkhidmatan awam, yang mewajibkan mereka untuk menjalani latihan khas bermula 1 April ini.

ARTIKEL MENARIK: Dato Takiuddin, SU Agong Pas Membuat Kenyataan Yang Mengejutkan Di Semenyih


Namun, lebih 100 pemandu perkhidmatan e-hailing tidak berpuas hati dan rasa tertipu apabila mereka diarahkan balik oleh pemilik institusi memandu ekoran mereka belum bersedia untuk menjalankan program khas ini.

Garis Panduan Tidak Diberikan



Fadhil Mohd Isa, 35, salah seorang pemandu perkhidmatan e-hailing, menyalahkan JPJ kerana tidak memberikan garis panduan untuk memohon lesen berkenaan.

“Lebih 100 pemandu datang untuk dapatkan lesen, tapi kami disuruh pulang atas alasan tidak bersedia untuk menjalankan program ini. Mereka ingat ini lawak April Fool?”


loading...


Bukan Orang Senang, Pemandu Tak Boleh Berehat Walaupun Sehari



Menurutnya lagi, kebanyakan pemandu bergantung harap kepada pekerjaan ini sebagai sumber pendapatan tetap. Pemandu Grab giat menjalankan tugas sehingga tidak bercuti walapun sehari, kerana mahu mencari wang.

“Kami bukan orang senang. Jadi kami tak boleh sesuka hati cuti daripada kerja. Namun kami tetap ambil keputusan untuk tidak bekerja hari ini untuk dapatkan lesen itu. Tapi hasilnya…”

Jangan Biarkan Pemandu Terkapai-Kapai Dalam Gelap



Chevlyn Ong Hwee Bin, 38, menasihatkan JPJ supaya tidak membiarkan pemandu e-hailing dalam keadaan tergantung. Seharusnya mereka menjelaskan setiap proses secara jelas.

“Kami hanya dengar mengenai lesen ini daripada mulut ke mulut. Masih tiada kenyataan hitam putih dikeluarkan oleh JPJ yang mewajibkan kami untuk mengambil lesen khas.”

Rentetan daripada kekeliruan ini, ramai pemandu e-hailing yang ingin berhenti daripada meneruskan perkhidmatan mereka, ekoran proses permohonan lesen khas yang tidak tersusun dan remeh.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post