Baru-baru ini, tular satu video rakaman yang memperlihatkan seorang pelawak veteran memukul pengawal keselamatan kerana enggan menulis butiran dalam buku pelawat semasa memasuki kawasan perumahan di Acacia Park Desa Jati, Nilai.
Selepas Didenda Mahkamah 2 Ribu, Lan PetPet Bakal Disaman 3 Juta? |
Mahkamah telah mengarahkan Lan Pet Pet untuk membayar RM2,000 selepas mengaku salah atas pertuduhan berkenaan.
ARTIKEL MENARIK: “Berhenti Cari Adik Saya…” – Abang Acap Buat Laporan Polis, Minta Semua ‘Stop’ Cari Adiknya?
Tak Puas Hati, Pak Guard Saman Lan Pet Pet
Walaupun begitu, kes masih belum selesai ekoran pengawal keselamatan, Yahya Manap, 68, pula ingin menyaman pelawak berkenaan atas kecederaan yang dialami serta memalukannya secara terbuka.
Warga emas itu berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu jumlah denda yang dikenakan terhadap Lan Pet Pet atau nama sebenar, Mazlan Ahmad, 49, tidak setimpal memandangkan kecederaan yang dialami dalam kejadian itu agak teruk.
“Denda cuma RM2,000.
Pakcik yang kena bedal ini apa cerita? Pinggang masih sakit sampai sekarang akibat ditendang. Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bodoh bagaimana pula?”
Yahya berkata, dia dan keluarganya dalam proses melantik peguam bagi mengemukakan saman malu ke atas Lan Pet Pet, dan jika diikutkan hatinya mahu menyaman pelakon tersebut sebanyak RM3 juta.
loading...
“Pakcik kena bedal sampai diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi,” ujarnya
Bagaimanapun, katanya, dia akan menyerahkan urusan saman itu kepada peguam yang telah dipilih oleh menantunya.
SUMBER : Utusan Online via Lubok Cerita Express
Post a Comment