Peragut Menangis Minta Motosikal Dipulangkan Kerana Takut Isteri Marah

Peragut Menangis Minta Motosikal Dipulangkan Kerana Takut Isteri Marah

KUALA SELANGOR – Seorang peragut boleh disifatkan hilang ‘kejantanan’ apabila menangis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini bagi meminta supaya motosikal digunakannya semasa melakukan jenayah tidak dirampas pihak berkuasa.

Peragut Menangis Minta Motosikal Dipulangkan Kerana Takut Isteri Marah
Peragut Menangis Minta Motosikal Dipulangkan Kerana Takut Isteri Marah

Itu susulan, motosikal tersebut didakwa suspek merupakan milik isterinya yang telah dibawa oleh mangsa selepas ditinggalkan oleh suspek dengan keadaan enjin masih hidup dalam kejadian Jumaat lalu.

ARTIKEL MENARIK: Disangka Bunuh Diri, Rupa-Rupanya Dibunuh Suami Sendiri


Insiden itu kemudiannya menjadi tular di laman sosial Facebook (FB) selepas posting mengenainya dimuat naik mangsa dan menerima 18,000 tanda suka dan dikongsi lebih 7,000 kali.

Pengguna FB rata-rata menyifatkan tindakan peragut itu seolah-olah lebih takut kepada isterinya berbanding melakukan jenayah ragut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md. Asri A. Wahab mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

loading...

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kes berkenaan.

“Ini termasuk merekodkan keterangan daripada mangsa dan suspek bagi membantu siasatan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa telah mendapat semula beg duit yang telah diragut oleh suspek tersebut selepas lelaki itu hadir ke IPD bagi menuntut motosikalnya – Kosmo Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post