TASEK GELUGOR: Seorang wanita yang ditemui mati bersama suaminya di dalam bilik rumah sewa mereka di Jalan Pokok Machang, di sini pada Isnin, sebenarnya telah dibunuh suami sendiri.
Disangka Bunuh Diri, Rupa-Rupanya Dibunuh Suami Sendiri |
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, hasil siasatan polis mendapati wanita berkenaan meninggal dunia akibat lemas, dipercayai ditekup dengan bantal atau tuala.
Selain itu, pemeriksaan juga menemui kesan darah pada kain sari yang disimpul bersebelahan mayat wanita, berkenaan manakala terdapat tuala kecil pada mulutnya.
ARTIKEL MENARIK: “Selepas Kalah Teruk,..” – Jentera Dan Penyokong PH Bertumbuk Sesama Sendiri
Noorzainy berkata, pihak polis percaya suami mangsa yang berumur 31 tahun bertindak menggantungkan diri selepas membunuh isterinya.
“Wanita itu ditemui terlentang dan berselimut sehingga ke paras dada, dengan mukanya bengkak serta mulut berdarah, ditutupi tuala kecil berwarna putih.
“Manakala mayat suaminya ditemui tergantung dengan kain sari yang dililit pada kayu kekuda di atas bilik,” katanya dalam satu kenyataan.
Polis telah mengklasifikasikan semula kes tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung motif kejadian bunuh itu.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU atau tampil ke balai polis berdekatan.
Dalam kejadian jam 9 pagi Isnin, mayat sepasang suami isteri ditemui di dalam bilik sebuah rumah, dipercayai membunuh diri.
Kedua-dua mayat itu ditemui seorang wanita yang juga pemilik rumah sebelum menghubungi polis.
loading...
Mayat lelaki yang bekerja sebagai kelindan lori ditemui tergantung pada alang rumah, manakala mayat wanita yang bekerja sebagai opertor di sebuah kilang ditemui terbaring di atas katil dalam bilik.
Menurut pemilik rumah, DM Nirmala, 30 tahun, pasangan itu menyewa di rumahnya sejak sebulan lalu dan tidak mempunyai anak walaupun sudah lima tahun berkahwin.
Pasangan itu juga katanya sering bertengkar mengenai perkara melibatkan wang dan cemburu. – Astro Awani
Post a Comment