Normah Damanhuri berjanji kejadian itu tidak akan berulang lagi.
“Paperdoll itu sepatutnya menari tarian tradisional” – Normah Damanhuri mohon maaf |
DRAMATIS veteran Normah Damanhuri mewakili keluarga memohon maaf diatas kekhilafannya mengundang penari separuh bo gel dalam majlis perkahwinan anaknya yang juga aktor Ahya Rosli pada Sabtu lalu.
ARTIKEL MENARIK: (Video) “Kau Jangan Sampai Aku Bukak Aibb Kau…” – Kak KM Panas Sepupu Kutuk Majlis Kahwin Adik Tayang Penari
Menurut Normah, dia tidak menyangka penari tersebut akan mengenakan pakaian s3ksi dan menc0lok mata sehingga mengundang kec4man dan fitn4h.
“Untuk pengetahuan semua, persembahan paperdoll itu sepatutnya merupakan tarian tradisional, hanya miming, jenaka dan gurau-gurau santai dengan tetamu, ala-ala Bollywood. Tapi tak sangka pakaian (penari) keterlaluan untuk majlis perkahwinan.
“Saya Normah Damanhuri terlebih dahulu menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua atas kekhilafan semasa majlis perkahwinan anak saya,” katanya menerusi Instagram pada Isnin.
Pada Sabtu lalu, tular rakaman video persembahan seorang lelaki menyerupai wanita sepa ruh bo gel menari semasa majlis resepsi Ahya dan pasangannya Shahirah Sanusi.
Netizen mengec4m tindakan Ahya mengundang penari sepa ruh bo gel dalam majlis perkahwinannya.
Video yang dimuat naik kakak kepada Ahya iaitu Liana Rosli atau popular dengan panggilan Kak KM di Instastory menjadi perbualan hangat netizen.
Rata-ratanya mempersoalkan tindakan Ahya menjemput penari tersebut yang tidak sesuai untuk majlis perkahwinan.
loading...
Dalam pada itu, pelakon drama Misteri Wan Peah ini turut berjanji kejadian tersebut tidak akan berulang lagi.
“Lagi sekali saya bagi pihak seluruh keluarga memohon maaf dan akan lebih berhati-hati selepas ini. Saya berjanji ia tak akan berulang lagi… maafkan saya,” ujarnya.
Ahya, 32, selamat bergelar suami kepada Shahirah dalam sebuah majlis yang berlangsung di Bukit Kiara Equestrian pada 29 Mac lalu.
View this post on InstagramA post shared by MALAYSIAN ACTRESS (JOGHO) (@normahdamanhuri) on Apr 8, 2019 at 3:37am PDT
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
ARTIKAL BERKAITAN :
- Netizen Lancar Gerakan Boikot Keluarga Normah Damanhuri? – “Memalukan Orang Islam…”
Sumber: Mstar via Catatan Terakhir
Post a Comment