Selepas tular di Instagram mengenai anak ketiga Erma Fatimah yang baru sahaja pulang ke pangkuannya, malam tadi pengarah drama tersebut sekali lagi memuat naik kapsyen panjang lebar mengenai anaknya itu.
“Anak Aku Bekas Banduan” – Tiga Tahun Tak Melawat Di Penjara, Inilah Wajah Anak Ketiga Erma Fatima! |
Ahmad Aifin merupakan anak angkat Erma yang dijaga dari umur sehari lagi sudah pun berumur 23 tahun.
ARTIKEL MENARIK: “Paperdoll itu sepatutnya menari tarian tradisional” – Normah Damanhuri mohon maaf
Anak Bekas Banduan
Namun begitu, selepas meningkat remaja Ahmad telah kembali bertemu dengan bapa kandungnya dan meninggalkan Erma yang di panggil Mama. Pada tahun 2016, Ahmad telah dipenjarakan selama tiga tahun dan sepanjang dia di penjara Erma langsung tidak menjengahnya kerana kecewa.
Walau bagaimanapun, selepas Ahmad dibebaskan Erma masih menerima kehadirannya walaupun pernah terluka. Dia disambut dengan kasih sayang dan tanpa malu, Erma mendedahkan Ahmad kepada media.
Anak Syurga Sayang Abangnya
Ahmad Yang Baru Akan Jadi Lebih Baik
Menerusi video-video yang dimuat naik oleh Erma Fatima, jelas menunjukkan bahawa anak syurganya, Citra sangat menyayangi abangnya. Dia yang kelihatan teruja dan sentiasa tersenyum apabila bersama abangnya yang dirindui.
loading...
Ibu Mana Tak Sayang Anak
Rata-rata komen daripada netizen memuji ketabahan dan kemurnian hati pengarah drama itu kerana dengan hati terbuka menerima kembali anaknya walaupunsudah memegang gelaran ‘bekas banduan.’ Erma turut menambah akan memberitahu sebab mengapa Ahmad dipenjarakan pada masa akan datang.
Kuatnyaa Kak Erma!
SUMBER : Erma Fatima via Lubok Cerita Express
Post a Comment