Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula kerusi tradisinya di Semenyih apabila calonnya Zakaria Hanafi mendapat 19,780 undian.
Terkini, Rakyat Telah Memilih. Ini Keputusan RASMI Dari SPR Untuk PRK Semenyih. Memang Tak Sangka Jumlah Undi Yang Naik Mendadak |
Zakaria berjaya mendapat 1,914 undi majoriti mengalahkan calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali yang mendapat sebanyak 17,866 undian dalam pertarungan sengit itu.
ARTIKEL MENARIK: Kerjasama politik Umno-PAS terbukti berkesan, kata penganalisis politik
Dua lagi calon, Kuan Chee Heng (Bebas) sekadar meraih 725 undi manakala calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nik Aziz Afiq Abdul menerima 847 undi.
Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Semenyih, Datuk Mohd Sayuthi Bakar di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada Sabtu.
DUN Semenyih Mempunyai 53,411 Pengundi Rasmi.
PRK Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57 tahun, yang merupakan Ketua Bersatu Bahagian Hulu Langat pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.
Pada PRU14, Bakhtiar memenangi kerusi DUN Semenyih dengan 8,964 undi majoriti mengalahkan tiga calon lain daripada BN, Pas dan PSM.
Sebelum itu, Semenyih merupakan kubu kuat BN sejak kerusi itu pertama kali dipertandingkan pada 1959.
PRK Semenyih: Peratusan Keluar Mengundi Tertinggi
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berlangsung hari ini berjalan lancar dengan menyaksikan 73.35 peratus daripada 53,411 pengundi berdaftar keluar menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memilih wakil rakyat baharu mereka.
Statistik itu sekali gus menjadikan PRK DUN Semenyih merekodkan peratusan keluar mengundi lebih tinggi berbanding yang dicatatkan di lima PRK sebelum ini dan melebihi sasaran awal sebanyak 70 peratus yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini.
PRK DUN Sungai Kandis sebelum ini yang berlangsung pada Ogos 2018 hanya mencatatkan 49.4 peratus keluar mengundi manakala PRK DUN Balakong dan DUN Seri Setia masing-masing merekodkan sebanyak 43 dan 44 peratus.
Bagi PRK Parlimen Port Dickson yang menyaksikan kemenangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mencecah 58.3 peratus keluar mengundi sementara PRK Parlimen Cameron Highlands, Januari lalu menyaksikan 68.79 peratus keluar mengundi.
Walaupun Kalah Tetapi Uncle Kentang Beritahu Nak Bertanding Parlimen Puchong PRU15
BIARPUN tewas dalam saingan empat penjuru dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih calon Bebas, Kuan Chee Heng tekad menawarkan diri bertanding di kerusi Parlimen Puchong pada pilihan raya akan datang.
loading...
Aktivis masyarakat yang dikenali dengan panggilan Uncle Kentang itu memuat naik pengakuan itu menerusi status Facebooknya, Kuan Chee Heng lewat petang tadi selepas mengetahui kekalahannya.
“Rileks dan bertenang. Aku hanya mencari 50 ke 100 undi. Jangan kamu risau untuk aku.
“Aku dah bersedia menerima yang buruk. Tapi saya mahu followers jangan berduka cita.
“Kita telah bina satu rangkaian orang susah di Semenyih, jadi rileka ye. Jangan bersusah hati untuk uncle.
“Uncle memang confirm kalah teruk dan mungkin dapat 50 undi saja. Tetapi uncle telah memenuhi idaman uncle untuk bertanding untuk orang susah sekali.
“Uncle rasa lega dan tenang sekarang. Kita akan bertanding di Parlimen Puchong kelak. Itu baru baru betul betul fight (bersaing),” tulisnya.
Sebagai rekod, Chee Heng terkenal dengan pelbagai produk khidmat masyarakat seperti ambulan 10 sen, van jenazah 10 sen, kereta 10 sen dan rumah sewa RM1 khususnya di kawasan Puchong dan sekitar.
Keputusan tidak rasmi kiraan undi 100 daripada 120 pusat mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi mendahului dengan majoriti 2,222 undi setakat jam 7.31 malam
Zakaria memperolehi 16,636 undi diikuti calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali dengan 14,414 undi, manakala Kuan Chee Heng (BEBAS) dan Nik Aziz Afiq Abdul masing-masing hanya mendapat 601 dan 673 undi.
Keputusan itu dipaparkan di skrin layar pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, Kajang ketika ini dan terus dikemas kini dari semasa ke semasa.
SUMBER : Hmetro Online VIA Lubok Cerita Express
Post a Comment