Kerjasama politik Umno-PAS terbukti berkesan, kata penganalisis politik

Kerjasama politik Umno-PAS terbukti berkesan, kata penganalisis politik

Kemenangan BN dalam PRK Semenyih juga merupakan satu bentuk referendum rakyat terhadap kerajaan negeri dan pusat supaya menunaikan janji pilihan raya dan tidak dilihat mengabaikan kepentingan orang Melayu dan Islam.

Kerjasama politik Umno-PAS terbukti berkesan, kata penganalisis politik
Kerjasama politik Umno-PAS terbukti berkesan, kata penganalisis politik

PETALING JAYA: Kerjasama Umno-PAS terbukti berkesan selepas Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, kata penganalisis politik, Awang Azman Awang Pawi.

ARTIKEL MENARIK: ‘Jiwa Rasa Kosong..’ – Anak ‘Pergi’ Sebab Tersepit Celah Katil , Luahan Meruntun Jiwa Dari Ibu


Beliau berkata, walaupun kerjasama 2 parti itu cuba dipecahkan oleh Pakatan Harapan (PH) melalui beberapa tuduhan, termasuk isu RM90 juta, tetapi tidak berjaya.

“Sebenarnya berdasarkan sentimen akar umbi PAS berasa marah apabila kepimpinan mereka diperlekehkan dalam isu RM90 juta.

“Justeru, penyokong PAS sanggup memakai baju BN dalam berkempen untuk menunjukkan mereka sanggup bersatu hati untuk menentang musuh yang sama, iaitu PH,” katanya kepada FMT.

BN merampas kerusi DUN Semenyih daripada PH dengan majoriti 1,914 undi, iaitu pilihan raya kecil ke-2 yang dimenangi parti itu sejak kekalahan mengejutnya dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Awang Azman Awang Pawi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon BN Zakaria Hanafi mendapat 19,780 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada PH, Muhammad Aiman Zainali yang meraih 17,866 undi, Nik Aziz Afiq Abdul daripada Parti Sosialis Malaysia (847 undi) dan calon bebas, Kuan Chee Heng (725 undi).

loading...

Terdahulu, SPR mengumumkan peratusan keluar mengundi bagi PRK Semenyih mencecah 73.34%, angka tertinggi dalam 6 PRK yang diadakan selepas pilihan raya umum ke-14, selepas semua 24 pusat mengundi ditutup 5.30 petang tadi.

Awang berkata, kekalahan PH juga dilihat berpunca daripada isu semasa yang memberi kelebihan kepada BN, antaranya isu pengurangan jumlah penjawat awam, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan cara kerajaan mengendalikan insiden kuil Seafield yng menyebabkan kematian anggota bomba yang sehingga kini gagal diselesaikan.

Beliau juga berkata, isu pengurangan bajet tahunan kerajaan yang memberi kesan kepada orang Melayu di luar bandar menyebabkan kelompok itu lebih bersatu agar kepentingan mereka tidak terjejas akibat perubahan kerajaan.

“Kerjasama PAS-Umno merupakan satu kerjasama politik yang dilihat menguntungkan orang Melayu-Islam dalam jangka panjang.

“PAS pula akan menyokong mana-mana parti yang dilihatnya menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam.

“Dalam pada itu, isu salah guna kuasa lebih dilihat sebagai isu peribadi pemimpin dan tidak menjejaskan institusi. Pemimpin datang dan pergi. Institusi parti akan terus wujud,” katanya.

Beliau juga berkata, mana-mana parti yang menjadi kerajaan, perlu dilihat bersedia menjadi “hamba rakyat”, bukannya dilihat “berhidung tinggi”.

Katanya, kemenangan BN ini juga satu bentuk referendum rakyat buat kerajaan negeri dan pusat yang dipimpin oleh PH supaya menunaikan janji pilihan raya yang dibuat dan tidak dilihat mengabaikan kepentingan orang Melayu dan Islam.

“Malah terdapat juga ketidakpuasan etnik Cina dan India terhadap prestasi PH. PH perlu lebih berhati-hati dan dilihat lebih merakyat, bukannya menjadi BN 2.0.

“Ternyata berdasarkan kaji selidik, BN dilihat sudah berubah. Namun watak politik yang menjejaskan BN perlu direhatkan,” katanya.

Muhamad Nadzri Mohamed Noor.

Sementara itu, pensyarah kanan sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata, kerjasama Umno dan PAS memberi kelebihan kepada BN untuk menang dalam PRK Semenyih kerana DUN itu mempunyai majoriti pengundi Melayu hampir 70%.

Beliau berkata, keputusan PRK tersebut menunjukkan PH semakin kurang popular dalam kalangan pengundi Melayu, bukan sahaja di luar bandar tetapi juga di bandar.

“Dalam menjanjikan sebuah ‘Malaysia Baru’ yang lebih maju dan merakyat, PH setakat ini masih belum berjaya merealisasikan retorik itu.

“Meskipun terdapat beberapa usaha pembaharuan yang baik, khasnya reformasi institusi, tetapi isu sebenar, iaitu kos sara hidup masih gagal ditangani dengan berkesan,” katanya.

Muhamad berkata, kerjasama Umno-PAS sekali lagi memperlihatkan kemantapan dalam mempengaruhi undi Melayu.

Beliau berkata, kerjasama itu telah mengubah bentuk dan pada masa sama mempertahankan sistem 2 parti gabungan sebagai pesaing utama dalam politik Malaysia.

Katanya kemenangan BN di PRK Semenyih itu juga memberi kelebihan kepada parti itu di PRK Rantau akan datang .

“Saya berharap PH boleh memberi cabaran sengit terhadap BN di sana nanti.”

Kredit : Free Malaysia Today

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post