Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Longkang Di Tanjung Malim

Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Longkang Di Tanjung Malim

TANJUNG MALIM – Satu mayat reput dipercayai seorang wanita ditemui di dalam longkang di Jalan Besar Behrang Ulu ke Proton City Tanjung Malim di sini semalam.

Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Longkang Di Tanjung Malim
Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Longkang Di Tanjung Malim

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat tersebut daripada orang awam, pada pukul 4.32 petang.

ARTIKEL MENARIK: “Ingatkan nama saya ada dalam penama KWSP…” – Suami dalam diam rupanya..


“Mayat dalam keadaan tertiarap itu dipercayai telah meninggal dunia lebih 10 hari berdasarkan keadaannya yang telah reput.

“Jantina mayat dipercayai perempuan berdasarkan kain dan baju yang dipakainya. Bagaimanapun identitinya masih belum dikenal pasti kerana tiada dokumen diri bersamanya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Wan Kamarul Azran, mayat tersebut dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk proses bedah siasat.

“Mayat dipercayai dibunuh selepas hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat trauma objek tumpul.

“Dianggarkan mangsa berusia 16 hingga 30 tahun. Pakaian yang dipakainya merupakan blaus berwarna merah dengan lengannya berbunga dan berbutang penuh serta seluar panjang hitam berjalur putih,” katanya.

loading...

Katanya, polis menjumpai satu botol cecair peluntur berdekatan mayat dalam jarak 36 meter manakala penutupnya berada pada jarak 30 meter.

“Botol tersebut telah diambil unit forensic untuk proses pengesanan cap jari.

“Tiada taman perumahan berdekatan lokasi kejadian melainkan hutan dan semak selain keadaan gelap pada waktu malam,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Daerah Muallim, Asisten Wan Rozaman Wan Harun di talian 014-6666604.

Sumber: Kosmo Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post