“Ingatkan nama saya ada dalam penama KWSP…” – Suami dalam diam rupanya..

“Ingatkan nama saya ada dalam penama KWSP…” – Suami dalam diam rupanya..

“Ingatkan nama saya ada dalam penama KWSP…” – Suami dalam diam rupanya..

“Ingatkan nama saya ada dalam penama KWSP…” – Suami dalam diam rupanya..
“Ingatkan nama saya ada dalam penama KWSP…” – Suami dalam diam rupanya..

“Assalamualaikum, nak tanya Puan. Suami saya baru meninggal 2 bulan lalu. Saya ada lah berurusan nak selesaikan beberapa perkara melibatkan harta dia. Salah satunya KWSP.

ARTIKEL MENARIK: ‘Kenapa?Tak Mampu Bayar..?’ – Suhaimi Saad Minta RM5k Untuk Tampil Di TV Alhijrah.


Hampa dan sebak sangat2 rasanya bila pihak Kwsp maklumkan, nama saya tak tersenarai sebagai penama Kwsp? Nama adik lelaki(adik ipar) sahaja yang ada!
Hubungan saya dan adik ipar agak renggang.. 
Saya mohon adik ipar supaya beri kerjasama. Namun dia macam melengah lengahkan masa. Saya tak faham, apa salah saya sampai suami tak mahu letak kan nama saya sebagai penama? 
Macam mana saya nak tuntut semula ni? “
Luahan hati ini antara yang kami terima.
Menjadi isu hangat pandangan orang ramai isu tentang 2% dari gaji suami masuk KWSP isteri. Kebanyakan wanita mestilah setuju. Lelaki pula ada yang setuju dan ada yang tak setuju.
Yang setuju, bagus sebab duit potongan itu nanti adalah tetap milik kita, bukan milik orang lain, tak perlu risau.
Lagipun, kalau ikutkan tugas seorang suri rumah sangat berat. Kena bangun awal pagi, masak, kejutkan anak dan suami, sediakan makanan, basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, jaga anak, mandikan anak, susukan anak, kemas rumah, buang sampah, hantar anak sekolah, ambil anak sekolah, beli barang dapur, masak, membebel, tidurkan anak. Jadi anggaplah 2% caruman KWSP itu sebagai penghargaan dari seorang suami terhadap pengorbanan isteri.
Jom baca perkongsian Puan Herda Johan ini.
Maksud Penama Dalam KWSP
Akak baru baca status kawan akak tentang isteri tak berhak dapat bayaran KWSP jika suami meningghal dunia walaupun penama adalah isteri.
Jadi akak pun search laa apa maksud penama dalam kwsp tu?
Walaupun penamanya ialah isteri tapi isteri hanya sebagai pemegang amanah dengan mendapat bayaran tapi ia akan di agihkan mengikut faraid.
Bahasa mudahnya nak bagi senang urusan duit tu masuk akaun kita je pastu kita kena bahagikan pada waris yang layak.

loading...

Pendek cerita ISTERI DAN ANAK TAK DAPAT 100%.
Kalau camtu fungsi penama KWSP tu apa?
Penama tu hanya sebagai wasi/pentadbir yang urus bayaran/duit KWSP tu. Pendek cerita sebagai pemegang amanah.
Penama ni bagi memudahkan urusan pembayaran terus kepada penama jika berlaku kematian pada ahli.
Lepas tu akan di agihkan ikut faraid.
Kalau isteri atau anak si mati ambik semua maknanya dia makan harta batil! Menjawab la kat akhirat nanti.
Bukan gila harta…
Tapi ini penting. Suri-suri semua, bincanglah dengan suami demi masa depan.
Suami mana nak biarkan isteri dan anak merempat kalau jadi apa-apa kan? Bukan semua suami mampu nak carum takaful untuk diri sendiri bagi kemudahan masa depan (tapi sebaiknya kena ada). Jadi hanya harapkan simpanan KWSP jelah.
Jadi suami-suami, silalah #HIBAH kan KWSP tu untuk keperluan isteri dan anak jika korang takda satu hari nanti. Ada caranya. Boleh hibah ke unit Amanah atau Hibah Takaful.
Ini bertujuan untuk kegunaan isteri selesaikan hutang suami yang tertunggak dan keperluan kehidupan isteri dan anak kemudian hari.
Banyak cerita kita dengar, suami meninggal, isteri terpaksa tanggung hutang sedia ada dek kerana tak boleh tuntut sebab perkara ni.
Dan ada juga sebab harta, waris terdekat sanggup lupakan darah daging sendiri dan menuntut hak masing-masing. Akhirnya anak isteri si mati jadi mangsa.
Rambut sama hitam hati lain-lain. Bila mata hati setan dah terbuka luas, nafsu pun bersarang…darah daging sendiri pun tak heran dah.
Tu sebab kenapa ‘2%’ potong KWSP suami tu dicadangkan. Bukan sebab gila harta tapi demi kelangsungan hidup isteri dan anak jika suami dah takda.
Sedikit pesanan Puan Herda kepada kaum mak-mak di luar sana, untuk persediaan awal mintalah suami carum takaful sebagai back-up. Jika tak mampu rancanglah dari sekarang kewangan kita.
Luahnya lagi, dia pun dah mula sedar bab ni sebab ajal maut hanya Allah yang tentukan. Bila dah tak ada, urusan dunia bukan hal si mati dah. Lagi-lagi bila suami dah takda si isteri sendiri menanggung anak-anak untuk teruskan kehidupan. Nak tak nak hidup kena teruskan hidup.
Nota kaki:
Akak bukan ejen takaful atau unit trust. Akak cuma surirumah yang ‘bodoh’ dan kena belajar! Apa yang akak share ni untuk celik mata surirumah supaya jangan duduk saja dan tunggu.
Buat tindakan untuk masa depan. Jika info yang akak kongsikan ni tak betul silalah beri penjelasan lebih lanjut y.
Sumber: Mingguanwanita via CelotehSaje


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post