"Binatang betul si celaka ini!" demikian luahan kemarahan seorang lelaki di Twitter yang mendakwa anak perempuan kepada rakannya yang berusia 14 tahun telah dirogol oleh suspek yang baru setahun lebih menjadi bapa tiri mangsa.
'Bapa tiri perangai syaitan, rogol anak 'abang' aku sampai trauma' |
Tweet yang baru dimuat naik oleh Muzhaffar semalam mendakwa, mangsa dirogol suspek sebanyak tiga kali sehingga menyebabkan mangsa trauma.
ARTIKEL MENARIK: “Jangan jadi mak bapak yang b0d0h..”- Bayi Hidap Jangkitan Mastitis Lepas Ibu Picit Puting Untuk Keluarkan Punat Susu
Muzhaffar cuba mencari suspek di kediamannya, namun gagal apabila suspek berjaya melarikan diri.
"Bapa tiri perangai syaitan rogol anak tiri bawah umur. Dahlah kau rogol tu anak 'abang' aku. Tiga kali dah kau buat kerja (terkutuk itu) sampai trauma budak tu.
loading...
"Pandai pula nak lari selepas aku pergi gegar rumah semalam. Siapa ada maklumat pasal celaka ni, sila beritahu aku," katanya.
Sudah diajak untuk bersemuka, namun suspek memberi banyak alasan dan meminta Muzhaffar tidak mencampuri urusan keluarganya.
"Aku call duk pusing-pusing, lipak cakap duk Bukit Payong, kejap naik lori la. Pastu dengar bunyi pantai, dengar bunyi kawan-kawan dia. Aku suruh bawa member-member dia lebih 20 orang berjumpa dengan aku seorang pun tak berani lagi. Goyang dah ke walau nak slow talk?
"Bila aku (hantar) voice note, dia text cakap jangan ganggu urusan keluarga dia. Celaka punya binatang. Kau rogol anak 'abang' aku sial. Babi punya manusia.
"Sekarang ni polis suruh pergi 'kutip' dia, baru pergi hantar ke balai. Polis dah datang hospital semalam, dah ambil keterangan dari anak 'abang' aku.
"Masalah sekarang, kat mana dia menyorok. Roger 'adik-beradik' pun masih mencari juga. Lambat sikit je semalam.
"Aku ni dahlah baru balik dari pulau semalam. Sampai saja rumah, dapat khabar 'abang' aku dah bising dalam group WhatsApp minta tolong temankan dia pergi jumpa si celaka itu. Sampai saja rumah bekas bini 'abang' aku, sempat pula celaka ini lari.
"Sekarang ni ada di Kuala Terengganu lagi. Badan pun masih penat. Ada kenalan yang baik bagi duduk homestay dia semalam buat tempat berehat. Alhamdulillah. Tak kira, hari ini kena cari (dia) sampai lubang cacing sebelum dia pergi jauh lagi.
"Aku bukan nak salahkan polis sebab lambat buat kerja, tapi aku faham diorang ada prosedur. Tapi tentu dah dalam masa beberapa jam ini, dia akan lari lebih jauh atau menyorok dalam hutan mana.
"Maklumat semalam dia keluar pakai baju merah, naik motosikal jenama SYM. Nombor pendaftaran tak ingat. Motosikal warna kuning merah.
"Dia kerja di Bernas Era Chendering. Tinggal di Kampung Gong Tok Nasek sebelum melarikan diri. Dia berasa dari Batu 10, Bukit Payong," katanya.
Dalam perkembangan terkini, Muzhaffar berkata, suspek ada menghubungi isterinya pada pagi Rabu memberitahu dia lari ke dalam hutan dengan motosikal.
"Pastu motor mati disebabkan habis minyak, then dia lari terus masuk hutan. Bateri phone nak habis kononnya.
"Selepas beberapa jam dekat Subuh, dia call semua isterinya, merayu jangan buat laporan polis, jangan panggil bekas suami (bapa kandung mangsa) dan suruh orang cari dia. Memang dia beritahu dan mengaku merogol mangsa (bukti pengakuan dirakam). Tapi hanya melakukan perbuatan itu sekali sahaja," katanya.
Post a Comment