Sejak semalam, Zionis Israel begitu ghairah membedil Palestin. Sejak petang semalam juga sebanyak media Israel melaporkan 70 buah roket telah dibedil dalam tempoh beberapa minit ke arah ibu pejabat Hamas, kawasan awam dan tanah pertanian yang dimiliki oleh rakyat Gaza.
Allahuakbar! Di sebalik puluhan roket dibedil, bom seakan bunga api ini turut dilepaskan! |
Difahamkan sehingga semalam juga seramai 7 penduduk Palestin tercedera dalam serangan maha dasyhat ini.
ARTIKEL MENARIK: 'Saya suntik cecair peluntur dan sabun ke dalam telinga, hidung, pusat..' - Ibu mengaku dera anak kerana tak sayang
Doalah, berdoalah dalam setiap kali sujud kita dan angkatlah tangan agar penduduk Palestin sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Kita mungkin tidak mampu mengangkat senjata tapi kita mampu mengangkat tangan memohon kepada Allah taala agar penderitaan penduduk Palestin dapat dikurangkan.
Serangan dilakukan oleh zionis Israel ke atas tanah Palestin mengakibatkan kemusnahan besar
Tentera Zionis Isreal bersedia memasuki Palestin. Ya Allah, kau hancurkanlah Isreal yang kejam ini. Selamatkan penduduk Palestin
loading...
Beginilah suasana setiap kali rakyat Palestin terkorban dibedil zionis Israel
Di sebalik puluhan roket dibedil, apa yang mengejutkan Israel ternyata telah melanggar sekatan dunia apabila dilihat melancarkan BOM FOSTOR PUTIH ke wilayah Palestin.
Inilah bom kimia fostor putih. Ia ditembak dari jarak 250-500 meter dari tanah. Bila bersatu dengan udara, ia akan mengembang. Mana2 yang terkena akan mati. Kalau tubuh terkena sedikit, kulit akan terbakar termasuk daging akan hangus.Biasanya akan cacat seumur hidup
Apa yang kita perlu faham tentang bom fostor putih ini?
Dari jauh, saat bom ini meletup, ia umpama bunga kembang mekar. Suasananya seakan sama seperti pertunjukan bunga api yang kita di tahun baru.
Tapi kesan bom fostor putih ini terlalu dasyhat. Ini kerana saat bom itu meletup dan mana-mana manusia yang berada di sekitarnya, saat tubuh kita terkena percikannya,kalau tidak mati akan cacat kekal selama-lamanya. Ia bukan saja membakar kulit tetapi juga daging turut hangus. Inilah sebab kenapa bom fostor putih ini dilarang digunakan dalam peperangan.
Bom Fostor putih ini diharamkan oleh Hak Asasi Manusia kerana mampu membunuh ramai manusia. Bom ini sudah digunakan sejak perang pertama dan kedua lagi
Bagaimana bom postor putih ini dicipta?
Bom ini digunakan secara meluas semasa Perang Dunia pertama dan kedua. Ia adalah sejenis bom kimia yang jika terkena mampu membawa maut. Jika terkena serpihannya, akan cacat seumur hidup kerana kulit akan terbakar, selain daging di bawah kulit daging akan hangus. “Hujan api kembang” yang dilepaskan ini nampak indah tetapi begitu merbahaya.
Sesetengah menyebutnya Willie Pete atau White Phosphorus (fostor putih).Ia cukup mudah dikenali kerana akan kembang putih saat dilancarkan ke udara.
Sifatnya mudah menyala ketika bersentuhan dengan udara Biar sudah diharamkan oleh Hak Asasi Manusia tetapi Israel begitu berani menggunakannya. Ini bukan kali pertama Isreal menggunakan bom pospor putih ini tetapi sejak 2009 lagi terhadap Palestin.
Ia disebut Willie Pete kerana zat kimianya sangat mudah terbakar. Fostor biasanya terkandung dengan kombinasi mineral dan bahan ini banyak ditemui di Russia, Moraco termasuk Amerika Syarikat.
Bukti Zionis Israel menggunakan bom fostor putih menyerang ruang udara Palestin.
Aman Palestin melaporkan, laluan ke Gaza telah ditutup oleh tentera Israel sebagai langkah untuk mereka bersedia melancarkan serangan dalam skala yang besar. Serangan disasarkan ke kawasan ibu pejabat, kawasan awam dan tanah pertanian yang dimiliki oleh rakyat Gaza.
Ya Allah, lindungilah seluruh rakyat Palestin.
Bagi korang yang nak menderma untuk rakyat Palestin, boleh berbuat demikian di akaun ini yang dikendalikan oleh Aman Palestin Berhad.
Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Menyumbang untuk lebih mudah, sila klik link berikut:
https://www.billplz.com/jommenyumbang
Post a Comment