Suhaimi cabar Angkasawan Negara bersumpah bumi berbentuk bulat, bila Dr Sheikh Muzaphar dah respon, Suhaimi pula enggan terima

Suhaimi cabar Angkasawan Negara bersumpah bumi berbentuk bulat, bila Dr Sheikh Muzaphar dah respon, Suhaimi pula enggan terima

Rabu lalu, bekas anggota kumpulan In-Team, Mohd Suhaimi Saad, 39, mencabar angkasawan negara bersumpah jika bumi ini bentuknya sfera dan mengesahkan bahawa Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) bercakap benar.

Suhaimi cabar Angkasawan Negara bersumpah bumi berbentuk bulat, bila Dr Sheikh Muzaphar dah respon, Suhaimi pula enggan terima
Suhaimi cabar Angkasawan Negara bersumpah bumi berbentuk bulat, bila Dr Sheikh Muzaphar dah respon, Suhaimi pula enggan terima

"Saya cabar angkasawan negara bersumpah. WAllahi, Wabillahi, WatAllahi.. 'Bumi ini bulat sfera. NASA bercakap benar'.

ARTIKEL MENARIK: Minta dan terima rasuah RM1.5 juta, Setiausaha Pejabat Kementerian direman SPRM


"Kalau beliau berani buat, saya akan stop kajian ini dan saya akan tolong dakwa kepada kelompok FE supaya insaf. Tanpa bayaran," tulis Suhaimi di Facebooknya.

1.jpg

Status Facebooknya itu bagaimanapun mengundang kecaman netizen yang juga mendakwa Suhaimi hanya sengaja mencari publisiti murahan.

Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar, baru sebentar tadi memuat naik kenyataannya berhubung persoalan benarkan bumi ini berbentuk flat dan bukannya sfera? Ini jawapan beliau berdasarkan fakta dan pengalamannya.

"Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas. Sebagai Angkasawan Islam ke-9 menerokai angkasa lepas, adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar.

"Mengelilingi bumi sebanyak 16 kali sehari. Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam. Mengelilingi orbit dengan kelajuan 27,000 km/j.

"Laungan azan kedengaran seketika. Bibir terkumat kami terpegun dengan kebesaran Illahi. Melihat bumi dengan mata sendiri. Degupan jantung berhenti seketika, meremang bulu roma. Mata tidak terkebil melihat kebesaran Maha Pencipta.

"Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasa lepas. Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana. MasyaAllah, SubhanAllah. And the Earth is spherical in shape. Geosphere to be exact. Squashed at the poles and bulged at the Equator. Not like a ball but more to an egg.

loading...

"Every human being should go to space if given the opportunity. It changes your perspective on life as a whole. It makes you a true believer on the Creator. 

"The experience is truly amazing and spectacular. It's hard to change the minds of the flat-earth believers. But here I am sharing you my experience of what I have seen. In the name of Allah, it comes from my heart. 

"Salam Jumaat everyone. Semoga mendapat Barakah semua. Amiinn. Love as always," katanya. 



Pic - Is the Earth flat ? Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas ... Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar ... Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr Laungan Azan kedengaran seketika Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi Melihat Bumi dengan mata sendiri Degupan jantung berhenti seketika Meremang Bulu Roma Mata tidak terkebil Melihat Kebesaran Maha Pencipta Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas ... Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana MasyaAllah ...SubhanAllah ... And the Earth is spherical in shape . Geosphere to be exact . Squashed at the poles and bulged at the Equator . Not like a ball but more to an egg . Every human being should go to space if given the opportunity . It changes your perspective on life as a whole . It makes you a true believer on the Creator The experience is truly amazing and spectacular. It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers But here I am sharing you my experience of what I have seen . In the name of Allah it comes from my heart Salam Jumaat Everyone ... Semoga mendapat Barakah semua . Amiinn ... Love As Always ... PS - Just wanted to straighten the facts !
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on Feb 14, 2019 at 4:04pm PST
Malangnya, Suhaimi tidak dapat menerima penjelasan itu dan menganggap Dr Sheikh Muszaphar langsung tidak bersumpah seperti yang dipinta olehnya dalam posting sebelum ini. 

Bagi Suhaimi, dia hanya akan lebih percaya jika Dr Sheikh Muzaphar menunjukkan gambar dirinya berselfie dengan bumi yang didakwa berbentuk bulat. 

"Alhamdulillah. Pagi ini Dr dah respon. Cuma mungkin doktor tak berapa jelas apa yang saya maksudkan dengan sumpah. Walaupun sebenarnya saya dah tulis dengan jelas. 

"Masya Allah.. SubhanAllah dan 'in the name of Allah' bukanlah lafaz sumpah. Itu zikir biasa. Tak apalah, saya cuma cabar saja, tak paksa pun doktor sumpah. Mungkin doktor tak suka bersumpah. Husnuzon. 

"Apa pun terima kasih doktor ya sebab sudi respon. Tapi tak dapatlah saya hentikan kajian dan tolong dakwahkan geng FE itu. Jangan marah ya netizen," katanya. 

1.jpg

Sementara itu, netizen mendakwa Suhaimi terlalu kolot dan mencari publisiti murahan agar dirinya menjadi bualan netizen. Sehubungan itu juga, netizen menggesa orang ramai tidak melayan 'kegilaan' individu terbabit yang hanya mahukan perhatian. 

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post