Tak sampai setahun memerintah akhirnya Kerajaan PH telah menunjukkan taring sebenar.
Kecoh Apabila Netizen Kongsikan Penduduk Melayu Pulau Pinang Di Halau Keluar Dari Tanah Wakaf |
Dulu mereka berjanji akan membantu rakyat dan menunaikan segala-gala janji jika menang PRU-14. Namun setelah memang dan mentadbir negara lain pula ceritanya
Sebelum ini Mahathir telah berjanji akan pertahankan bangsa melayu untuk mengantikan UMNO namun rupa-rupanya janji tersebut hanya dusta belaka.
ARTIKEL MENARIK: Suhaimi cabar Angkasawan Negara bersumpah bumi berbentuk bulat, bila Dr Sheikh Muzaphar dah respon, Suhaimi pula enggan terima
Jika dahulu UMNO yang dituduh sebagai rasuah, curi duit rakyat kejam dan sebagainya namun belum pernah lagi kerajaan BN dahulu halau dan memotong segala bantuan & manfaat yang diberikan pada rakyat
Hari ini kecoh apabila netizen kongsikan penduduk Melayu pulau pinang di halau keluar ini antara status milik netizen tersebut
Allahuakbar…Allahuakbar… sadis sungguh hari ini apabila penduduk tanah wakaf abdul kadir diperintahkan keluar.. mereka hanya meminta masa 2 minggu sahaja dari pihak berkuasa tapi tidak di endahkan…
Haih…. nak mintak tolong umno… umno dah takdak kuasa….Yang ada kuasa sebok dok buat degree palsu..
Saja nak bagitau… ketua bahagian bersatu di bagan ini adalah Marzuki Yahya Timbalan Menteri Luaq…. benda kecik ni dia tak boleh bantu….. sendiri ampa pikiaq laa….
Wallahualam
Manakala pemilik akaun facebook Harun Husaini pula meluahkan kesedihan disamping kongsikan sebuah video untuk anda hayati
Isu pemotongan elektrik yang tetap dilaksana oleh majlis agama Islam pulau Pinang ke atas tanah wakaf Abdul cauder…lihatlah saudara saudara ku..bertapa zalim nya pengusiran yg dilaksana atas cara paksa…– Harun Hussaini
loading...
UPDATE VIDEO TERKINI :
UPDATE :Tanah Wakaf Masjid Abdul Cauder, MAINPP bakal teruskan pembangunan dirancang ikut keputusan mahkamah
GEORGE TOWN – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan meneruskan pembangunan dirancang di atas Tanah Wakaf Masjid Abdul Cauder di Lot 208, Seksyen 2, Jalan Mengkuang, Seberang Perai Utara (SPU) berdasarkan keputusan mahkamah yang diperoleh pada 28 Februari 2014.
Yang di-Pertua MAINPP, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim berkata, sebelum ini pihaknya masih meneruskan tawaran pampasan kepada 14 penghuni yang enggan berpindah keluar atas faktor perikemanusiaan meskipun MAINPP cuba mendapatkan milikan kosong atas tanah tersebut sejak 2010.
“MAINPP perlu melihat senario ini dengan lebih meluas apabila ia melibatkan 32 penghuni lain yang telahpun bersetuju (untuk berpindah keluar).
“(Dan) MAINPP juga tidak mahu tertarik ke dalam isu ini bukan sahaja demi nasib 32 penghuni yang bersetuju pindah, tetapi juga umat Islam keseluruhannya atau mereka yang berpotensi untuk menghuni di kawasan yang bakal dibangunkan itu,” ujarnya sebagai respons terhadap kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Tanah Wakaf Masjid Abdul Cauder, Abdul Hamid Khas Hussein semalam.
Abdul Malik Abul Kassim menunjukkan keratan akhbar berkaitan pada sidang media di sini, tadi.
Dalam kenyataan disiarkan sebuah media perdana semalam, Abdul Hamid menyatakan bahawa 14 penduduk yang berbaki enggan menerima tawaran selagi MAINPP masih belum mengemukakan pelan pembangunan tanah wakaf kepada penduduk terlibat.
Tambah Abdul Hamid, sebagai dipetik berkata, permohonan pelan tersebut telah dimohon sejak lapan tahun lalu namun tiada maklum balas diterima.
Dalam pada itu, Abdul Malik, sebagai respons menyifatkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk itu sebagai satu helah untuk tidak mahu berpindah.
“Sungguh tidak munasabah kerana MAINPP sebelum 2010 lagi telahpun memulakan usaha melalui Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) untuk membangunkan kawasan tersebut, malah kita (MAINPP) juga mempunyai lakaran lengkap perspektif pembangunan kawasan tersebut.
“Sebab itu saya katakan bahawa pendirian serta kenyataan pengerusi tersebut adalah satu helah sahaja untuk tidak berpindah sungguhpun MAINPP telah menawarkan rumah ganti rumah kepada penghuni bersetuju,” tegasnya.
LAKARAN perspektif pembangunan Tanah Wakaf Masjid Abdul Cauder.
Terdahulu, pada 6 Disember lalu, Abdul Malik dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya dekat Bangunan JKP di sini menyatakan bahawa MAINPP masih meneruskan tawaran pampasan kepada 14 penghuni yang enggan berpindah keluar meskipun surat tawaran tersebut berakhir pada 30 November 2018.
“MAINPP perlu melihat kepada pelaksanaan milikan kosong yang telah ditangguhkan sebanyak tiga kali sejak penghakiman diperoleh pada 28 Februari 2014.
“Setakat hari ini, mengambil kira kos guaman dikeluarkan bagi mendapatkan milikan kosong tapak tersebut dan bayaran elaun bulanan penghuni lain yang bersetuju telah mencecah RM2.6 juta.
“Jadi, sekiranya baki 14 penghuni ini bersetuju untuk menerima tawaran MAINPP, datanglah ke pejabat dan tandatangan surat persetujuan.
“Lagipun, saya berharap projek pembangunan di Tanah Wakaf Masjid Abdul Cauder ini dapat dilaksanakan segera supaya penghuni yang bersetuju pindah sebelum ini dapat ‘kembali semula’ ke kampung tersebut,” jelasnya.
Sebagai rekod, pada tahun 2010, pihak JAWHAR memperuntukkan sejumlah RM50 juta bagi pembangunan di atas lot tersebut untuk membina rumah pangsa kos sederhana rendah 22 tingkat dengan jumlah unit mencecah 470 unit.
Namun, setelah tempoh penerimaan tawaran berakhir pada 15 September 2010, hanya 32 daripada 46 penghuni bersetuju, manakala baki 14 lagi enggan menerima tawaran sehingga ke hari ini meskipun dalam tempoh tersebut beberapa siri pertemuan telah diadakan.
Berikut adalah tawaran diberikan MAINPP kepada pemilik tanah di tanah lot tersebut yang telah bersetuju, dan tawaran sama turut dikemukakan kepada baki penghuni yang masih enggan berpindah keluar :
a. rumah ganti rumah dengan keluasan 1,000 kaki persegi setiap unit,
b. bayaran sewa rumah sementara sebanyak RM500 sebulan sehingga rumah pangsa siap,
b. bayaran sewa rumah sementara sebanyak RM500 sebulan sehingga rumah pangsa siap,
c. bayaran elaun keluar rumah RM4,000 dan bayaran elaun masuk rumah RM3,500 dan
d. bagi keluarga berkelamin, hanya bayaran elaun keluar rumah RM4,000 ditawarkan.
Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD
Sumber: matbawang via Express Viral
Post a Comment