SLIM RIVER: Ahli keluarga pemandu Iori tangki minyak dieseI yang telah meninggaI dalam di Slim River, pagi tadi memohon semua pihak berhenti menyebarkan video kemaIangan terbabit.
‘Saya sedih… tolonglah jangan sebar vide0 suami saya lagi’ – Isteri Sarat Hamil Merayu. |
Isteri mangsa, Khatijah Abdul Karim, 36, dalam keadaan merayu & sarat mengandung berkata, dia sedih melihat suaminya terbaring dengan tubuh dalam keadaan menyedihkan selepas menonton video berkenaan menerusi perkongsian dalam kumpulan WhatsApp sebaik sahaja dimaklumkan adiknya.
ARTIKEL MENARIK: (Video) 'Kalau lambat satu saat...' - Bapa nyaris ditetak penyamun di depan pintu rumah
“Saya sempat melihat video itu…sedih tengok keadaannya ketika itu. Tolong jangan sebarkan video suami saya itu lagi. Tak sanggup saya dan ahli keluarga melihatnya,” katanya ketika ditemui di Hospital Slim River, hari ini.
Mangsa, Mohamad Suhaimi Khamis, 38, meninggal dunia dalam keba ‘karan selepas kenderaannya terbabit dalam kejadian di Kilometer 372 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara kira-kira jam 8.30 pagi itu.
Nahas terbabit turut melibatkan dua LoriTreler membawa muatan besi dipandu Kamarul Azwar Abu Bakar, 34 dan Mohamad Jurid, 45, dan kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Terdahulu, Khatijah yang hamil tujuh bulan tiba di Hospital Slim River untuk membuat pengecaman kira-kira jam 3 petang bersama tiga anaknya iaitu pasangan kembar Mohamad Amar, Mohamad Amir, 9 tahun dan Nor Afiqah, 8.
loading...
Menurutnya, arwah meninggalkan rumah untuk keluar bekerja pada jam 6 pagi dan memberitahu mahu ke Ipoh.
“Keadaan dia masa keluar tu nampak biasa-biasa saja, anak-anak memang rapat dengan ayahnya dan mereka tahu ayah dah tak ada. Salah seorang anak yang kembar demam sejak pagi tadi.
“Insya-ALLAH jenaza zah akan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang,” katanya.
Sumber : ASTROAwani via celotehsaje
Post a Comment