Resepi Donut Gebuu Tanpa Uli, Tapi Lembut Sampai Ke Pagi!
Resepi Donut Gebuu Tanpa Uli, Tapi Lembut Sampai Ke Pagi! |
Walaupun nampak mudah, sebenarnya ada beberapa masalah yang biasa dihadapi masa nak membuat donut. Terutamanya bagi yang first timer, kadang-kadang ada yang menyerap banyak minyak, mengecut selepas digoreng, dan mungkin problem yang paling selalu berlaku ialah donut menjadi keras selepas ianya sejuk.
Setelah percubaan demi percubaan, inilah resepi donut yang berjaya dihasilkan oleh Puan Nurul Azfa Azizan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nurul. Katanya, resepi ini menghasilkan teksturnya donut yang sangat lembut ‘seperti pipi baby yang bam bam’. Walaupun digoreng waktu petang, malamnya pun masih lembut dan boleh dimakan keesokan paginya.
Yang paling best, resepi ini tak perlukan anda untuk menguli. Simple sangat, insha Allah bagi yang kurang mahir pun boleh buat dan menjadi.
ARTIKEL MENARIK: Petua Sambal Nasi Lemak Sedap, Sampai Asyik Teringat
BAHAN-BAHAN
1 paket yis
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu marjerin
1 sudu teh garam
loading...
Resepi donut tanpa uli
CARA-CARA
Ini pula adalah langkah membuatnya.
#1. Satukan Bahan Basah
Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah bekas.
Tunggu sehingga kembang. Sementara nak kembang boleh buat bahan kering.
#2. Satukan Bahan Kering
Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung, garam, dan baking powder.
Ramas hingga sebati.
#3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah
Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan.
Nak tutup dengan plastic wrap pun boleh. Kak Nurul tutup dengan kain.
#4. Tunggu 1 Jam
Biarkan adunan tadi selama 1 jam.
Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai dan terap.
#5. Bentukkan Donut
Terapkan comel-comel menggunakan jari-jemari yang lembut ni untuk menjadikan rupa donut.
#6. Gorengkan
Bila dah siap, gorengkan dalam minyak panas.
#7. Salut Gula
Akhir sekali, salutlah gula yang dikisar atau gunakan terus gula halus / gula kastor.
Nak bubuh topping lain macam coklat ke, boleh je. Ikut suka hati tekak masing-masinglah ya.
SELAMAT MENCUBA
OK bila dah siap, boleh di’ngap’. Senang, kan?
Cuba tau, jangan tak cuba!
*Resepi donut tanpa uli ini disumbangkan oleh Puan Nurul Azfa Azizan dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan dan lebih banyak perkongsian, follow FB beliau.
Sumber : Siraplimau
Post a Comment