Sudirman Hj Arshad adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia nyanyian dan hiburan Malaysia.
PendedahanEksklusif! 10 Gambar Seniman Negara Yang belum pernah didedahkan di media sosial.. |
Beliau boleh dikatakan antara penghibur yang paling ‘Malaysia’ lah kerana sering muncul dengan lagu-lagu yang melekat di minda rakyat bukan saja orang Melayu tetapi bangsa lain seperti Cina dan India.
ARTIKEL MENARIK: Dr Amalina Akhirnya Beri Respon Isu Doula Di Malaysia Yang Menghantui Netizen
Namun begitu, Malaysia telah kehilangan penyanyi berbakat besar pada 22 Februari 1992 tepat 27 tahun hari ini. Berikut 14 gambar beserta trivia menarik mengenai Sudirman Hj Arshad hasil perkongsian Twitter Asrul Muzaffar.
Lahir pada 25 Mei 1954, nama ilham daripada pahlawan Indonesia
Penyanyi berbakat besar, Sudirman ini dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Pahang. Bagi yang tak tahu, nama Sudirman telah diambil daripada seorang pahlawan Indonesia bernama Soedirman. Beliau juga dipanggil Diman oleh keluarga.
Sumber: Twitter
Tun M pernah kirim surat pada Sudirman?
Fakta menarik tentang penyanyi kegemaran ramai ini ialah beliau sangat mengagumi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga PM pada zaman kegemilangan Sudirman.
Sudirman semasa aktif dulu pernah menulis artikel mengenai Tun M dan Tun M juga pada masa yang sama pernah menghantar surat kepada Sudirman untuk mengucapkan tahniah tau! Wah untungnya dapat surat daripada PM.
Sumber: Twitter
Tun Dr. Mahathir Sumber Inspirasi Sudirman
SAYA telah ditanya; “Kenapa Sudir suka Mahathir?” Lalu saya catatkan jawapan saya. Tetapi sebelum apa-apa ingin saya jelaskan bahawasanya di sini saya bukanlah membicarakan hal politik dan saya bukan penyokong ahli kepada mana-mana parti, baik UMNO, PAS dan mahupun apa jua.
Malah sebagai penghibur saya memprinsipkan diri untuk tidak bercerita tentang hal agama, politik, seks, dadah dan peribadi orang lain. Justeru itu, catatan ini sekadar pandangan saya terhadap soalan yang dimajukan dan saya terangkan semudah-mudahnya
Sumber: Nona
Sebenarnya, Perdana Menteri (PM) merupakan sumber inspirasi segala pencapaian kerjaya saya selama ini. Dan inspirasi ini saya sandarkan kepada tiga aspek mudah yang saya lihat tersemat dalam perjuangan Dr. Mahathir. Tiga aspek itu ialah:
- ‘Vision’ atau pandangan jauh ke depan yang menuju ke suatu matlamat,
- * Perancangan yang bijak dan usaha yang gigih sebagai daya penggerak, serta
- Kesabaran dan ketegasan sebagai benteng perjuangan.
Dan semua ini saya jadikan etika bekerja saya. Caranya samalah seperti menanam benih dengan banyak sekali. Ada benih mengambil masa sehari untuk tumbuh, ada memakan masa seminggu, dan ada yang sampai sebulan, setahun dan bertahun-tahun.
loading...
Pokoknya, semua benih itu akan tumbuh, dan apabila ia tumbuh hasilnya pasti tersangat lumayan sekali. Dan inilah Perdana Menteri kita! Apakah yang mahu dilakukan oleh Dr. Mahathir dari kaca mata saya? Juga saya dapati tiga aspek;
- Keharmonian rakyat
- Kestabilan dan kemajuan ekonomi
- Kecemerlangan antarabangsa.
Penyanyi lagu patriotik yang hebat
Sudirman boleh dikatakan antara penyanyi yang berani membuat satu album yang memuatkan semua lagu-lagu patriotik. Meskipun album tu tak se’popular’ album-albumnya yang lain, lagu patriotik dari Sudirman tetap menjadi siulan pelbagai bangsa sampai sekarang.
Sumber: Twitter
Perkahwinan yang berakhir dengan penceraian
Sudirman telah menamatkan zaman bujangnya apabila bernikah dengan gadis pilihan hati bernama Kamariah atau lebih dikenali sebagai ‘Kay’.
Namun perkahwinannya dengan Kay tak panjang apabila mereka berdua bercerai selepas 3 tahun berkahwin atas sebab tiada persefahaman antara satu sama lain. Noorkumalasari dikatakan saksi perpisahan tersebut.
Sumber: Twitter
Sudirman meninggal dunia
Pada 22 Februari 1992, Sudirman yang berusia 37 tahun telah pergi meninggalkan kita. Beliau dilaporkan meninggal dunia di rumah kakaknya selepas 7 bulan menghidap sakit radang paru-paru. Kematiannya dianggap satu kehilangan besar bagi negara.
Sumber: Twitter
Sama-samalah kita panjatkan Al-Fatihah buat Allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat.
sumber: lobak merah, sudirman-arshad via CelotehSaje via Photo BulletinMedia
Post a Comment