Akhirnya hari ini, Jumaat, 13 April 2018, selepas 7 tahun berkahwin, saya dicer4ikan dengan talak tiga dan ini lah hari paling bahagia buat saya. 7 tahun bukan tempoh masa yg sekejap, tapi sebenarnya tak cukup untuk perempuan selemah saya.
Kau Keluar Dari Rumah, Jatuh Talak Tiga! Aku Dengan Senyuman Bangga Terus Keluar Rumah. |
Sebelum kahwin, suami dan keluarga mertua sangat baik. Ketika bertunang, saya mula nampak sikit2 sikap keluarga suami yg tak menyenangkan tapi saya ambil positif, saya anggap tak ada pun manusia sempurna, jadi bersabarlah.
Semakin dekat tarikh kahwin, semakin ketara sikap mengawal anak yg ditunjukkan oleh mertua saya tapi saya masih positif, ibu bapa mana tak sayang anak, jadi bersabarlah. Ujian demi ujian, saya senyum dan beritahu diri sndiri, bersabarlah.
ARTIKEL MENARIK: Ayah Lumpuh, Mama Minor Strok & Kini Sekelip Mata, Adik Disahkan Kanser Tahan 4. Berat Sungguh Dugaan Keluarga Ni. Semoga Bertabah!
Seminggu selepas mendirikan rumah tangga, keluarga mertua sudah rancang nak buat hari keluarga. Saya okay saja, namun tak sangka pada hari nak berlangsung, ayah saya dimasukkan ke wad. Saya minta suami hantar, tapi mertua saya cakap kakak2 awak kan ada.
Awak duduk sini sambut hari keluarga, biar mereka yg lain pergi hospital. Suami setuju dgn ibu bapanya. Saya mengalah, malam itu ayah saya meninggal dunia. Yup, saya bodo.
Tahun kedua perkahwinan, alhamdulillah kami dikurniakan bayi lelaki. Puasa hari ke 28, kami bersiap nk balik ke kampung suami ( setiap tahun raya pertama wajib di rumah ibu bapanya ), ibu saya dis3rang strrok.
Saya tak mahu ulang kebod0han lalu, dan saya bertegas utk hantar ibu ke klinik dan menjaganya, suami masih dgn alasan adik beradik awak yg lain boleh jaga. Saya berkeras, dan itulah kali pertama tangannya naik ke muka saya.
Akhirnya sy mengalah kerana takut. Sebulan lebih selepas itu ibu saya pula mennggal dunia dan adik beradik memulaukan saya atas tindakan saya yg mengikut suami dan keluarganya sepanjang masa. Masih saya diam. Yup, saya bodo.
Pada Januari 2014, usia anak kami 2 tahun, adik suami saya berkahwin dengan wanita pilihannya, lulusan ijazah kejuruteraan, bermulalah episod telinga saya berdarah dengan segala macam cemuhhan, siπdiran dan perbandingan.
Menantu baru diangkat setinggi tingginya. Saya yang lulusan STPM hanya tersenyum sambil mendukung anak, tiap kali dibandingkan dari segi akademik. Saya masih sabar dan menganggap mereka masih keluarga suami yg mesti dihormati. Yup, saya bodo.
2015, saya memohon melanjutkan ijazah di UiTM Shah Alam, secara jarak jauh. Kelas hanya pada hari minggu. Alhamdulillah, permohonan berjaya. Suami agak keberatan dan meminta saya bertanya pada ibunya. (Dalam hati terdetik, apa kena mengena ibunya dgn saya nak melanjutkan pelajaran?) dan bila suami lihat saya seperti berat mengikut katanya, dia sendiri hubungi ibunya, membuat loud speaker dan meminta pendapat.
Jelas dan terang ayat ibunya, ” Hai, nak bersaing tahap akademik dengan biras ke?” Saya tetap berkeras. Walau saya takut2 ditampar lagi, dikongkong lagi, saya juga takut sekiranya dicer4ikan (ibu bapa saya dah tak ada, adik beradik pula dah benci), saya sebatang kara.
Kawan kawan juga dah renggang selepas saya berkahwin. Akhirnya suami beri kata putus, “kalau awak nak sgt, yuran byr sendiri.” saya akur. Bermulalah kehidupan saya sebagai pelajar, pekerja, isteri, ibu, dan menantu. Walaupun anak saya baru berusia 3 tahun lebih waktu itu, dia seperti mengerti kesibukan saya.
Amar anak yg baik dan tak buat perangai sangat. Pada waktu saya rasa satu dunia menentang saya, saya lihat wajah Amar dan saya tenang. Saya masih ada Amar, satu satunya manusia di dunia yg masih sayangkan saya dan hormat saya.
Berulang alik ke shah alam menaiki bas, terpaksa bayar lebih kepada pengasuh kerana hantar Amar bukan pada hari bekerja, yuran belajar, tiket pergi balik, semuanya duit saya. Saya gagahkan diri. Saya kuatkan diri bukan utk masa depan saya, tp masa depan Amar.
Tahun 2016, terdengar ura ura suami saya nak kahwin lagi satu. Saya tersentak, tapi saya pegang pada prinsip, selagi bukan dari mulutnya, maka saya akan abaikan. Sampai lah satu malam selepas tidurkan Amar, saya sedang menyiapkan assignment, dan suami cakap nak berbincang.
Saya dapat rasa jantung saya berdegup sangat laju, tangan saya yg pegang pen terasa berpeluh dan menggeletar. Dan ya, dia beritahu sedang berkawan dgn perempuan lain. Saya tanya, sejak bila. Dia beritahu sudah 1 tahun.
Patutlah, dia tak kisah sangat saya ke Shah Alam, rupanya dia pun boleh dating dengan perempuan itu kerana Amar di rumah pengasuh.Tapi dia menyambung ayat “Awak jgn risau, saya belum nak kahwin dgn dia. Kami hanya berkawan. Kalau nak kahwin pun saya tak perlu minta izin awak.
loading...
Tp sy ni lelaki yg berani, jadi saya jujurlah dgn awak” Mendengar ayat ini, saya senyum dan tanya, “habis bila abg nk kawin dgn dia?” Dia jawab, “tahun depan?” Saya angguk. Saya kemaskan buku dan laptop, dan masuk tidur.
Pada jam 4 pagi, saya terjaga. Suami nyenyak tidur. Saya bangun dan solat sunat. Saya ke bilik sebelah dan tengok Amar. Saya peluk Amar dan menangis sepuas puasnya sehingga Amar terjaga tapi masih mamai.
Satu ayat keluar dari mulut Amar yg mengubah hidup saya.Amar, anak yg baru berusia 4 tahun itu, dalam keadaan mamai, berkata pada saya: “Mak, Amar tak suka Babah.” Dan dia sambung tidur. Selepas itu saya renung wajah Amar. Entah apa jadi pada saya malam itu, saya rasa saya bukan lagi perempuan yg sama. Saya rasa satu perubahan di hati saya.
Di bilik Amar, sehingga ke subuh saya menimbang tara, menyusun hidup, dan membuat pilihan. Akhirnya saya nekad dengan satu keputusan terbesar dalam hidup. Esoknya saya ke tempat kerja, saya tanya pada rakan sepejabat, ada tak apa2 kerja part time yg boleh sy buat di rumah.
Dia kata boleh kalau tolong isikan borang poslaju (dia berniaga online) dan saya bersetuju. Memang bayaran sikit, tp dalam sebulan, lepas untuk keperluan susu Amar (update: suami tak pernah hulur nafkah keperluan saya dan Amar kerana dia tahu saya bekerja , melainkan bil2 rumah, barang nak masak dan sewa rumah, kerana ibunya kata adik adiknya ada yg bersekolah, jadi dia yg sulung mesti bantu.)
Saya mula pergi kelas tiap2 minggu, sebelum itu saya pergi selang dua minggu, saya ambil subjek sehingga maximum credit hours, saya crampkan jadual saya sehabis habisnya, kerana saya nk cepat habis belajar.
Saya buat kerja part time itu ini. Saya menyimpan di tabung haji. Sampai lah badan saya yg agak gempal beransur kurus. Suami masih mabuk bercinta, tapi tak apa. Misi terulung saya harus dilaksanakan.
Dengan duit simpanan, saya keluarkan RM3800, saya beli kereta kancil 2nd hand. Suami tanya kereta siapa, saya jawab sayalah. Dia tanya kenapa beli, saya cakap mudah ke kelas, abg tanak hantarkan saya, saya pun letih naik bas, saya belilah.
Dia mungkin rasa tercabar (sbb saya tak pernah buat keputusan sndri tanpa tanya dia) lalu meneÏ€dang sikit tayar kereta saya sambil berkata “kancil je pun.. besi buruk atas highway”. Tak apa, saya senyum. Fokus pada misi…misi..misi…
Di tempat kerja, saya tanya ada tak yg nak sewakan bilik. Alhamdulillah, ada sorang staff baru, dia nak sewakan biluk tapi dia pelil, utk siapa sbb saya dah berkahwin. Jadi saya jawab, kalau saya dan anak saya, cuma utk sementara, boleh? Dia okay.
Setiap malam, saya mengira bajet. Saya mencongak, menyusun masa depan. Badan semakin susut. Baju baju zaman bujang semua boleh pakai balik.
Akhirnya, November 2017, Amar berusia 5 tahun, saya dikejutkan berita suami ditangkap kh4lwat. Saya Masih senyum, keluarga suami sangat mempercayai bahawa dia diani4ya. Dan mereka menerima perempuan itu jika mahu berkahwin kerana perempuan itu seorang eksekutif yg bergaji besar.
Ibu mertua siap berkata “kena redha lah dimadukan. org suruh jaga suami, pulun nak sambung belajar.” Saya senyum. Fikirkan misi…misi…misi….
December 2017 mereka dikahwinkan. Saya waktu itu sibuk dengan persediaan final exam UiTM yg akan berlangsung Januari 2018. Selepas berkahwin baru, suami memang makin tak ambil tahu hal saya dan Amar.
Tak apa, bila dia tak ada dirumah, saya senang menguruskan kerja part time dan Amar.Selesai peperiksaan akhir, suami ajak saya tinggal bersama dengan m4du dirumah madu. Kerana dia dah tak mampu bayar sewa rumah yg diduduki saya waktu itu. Saya menolak dgn baik dan dia kata ” kau pandai2 cari rumah lain, aku takkan bayar sewa rumah ni dah.
Duit depo pun aku akan dpt bulan depan. barang2 perabot aku nk pindahkan kt umah madu kau esok”. Saya hanya menjawab, “OK.” Malam itu, saya kemas baju2 dan barang keperluan yg penting utk saya dan Amar.
Dia tanya nak kemana hoi? Saya jawab, ke rumah sewa baru.Dia dengan mata terbeliak, berkata “kau keluar dari rumah ni malam ni, jatuh talak tiga” Saya dengan senyuman yg sangat bangga, mengambil barang2, Amar, dan kunci kereta. Saya terus ke rumah yg saya nak sewa bilik dengan rakan sekerja tu.
Selepas itu bertalu2 whatsapp masuk handphone saya;“Hoi, mana rak dalam bilik?. “Perempuan set4n, kau ambil iron dan iron board? “Betina, knp barang rumah banyak yg tak ada?”
Saya jawab dengan balasan ringkas, “Saya ambil semua yg saya beli dengan duit sendiri, jumpa di mahkamah.” Sebenarnya sepanjang dia m4buk bercinta, saya persiapkan diri utk berdikari. Saya beranikan diri memandu jauh.
Saya tawakkal beli kereta 2nd hand( alhamdulillah kancil tu terbaik hahahahaha), dan lepas dia kawin baru dan jarang balik tu, saya pindahkan sikit2 perabot dgn bantuan rakan pejabat.
Hari ini, selesailah urusan mahkamah selepas dua bulan lebih talak tiga dijatuhkan di rumah itu. Saya akhirnya seorang j4nda tapi saya j4nda yg sangat bahagia. Saya dah bersedia menjadi janda, physically and mentally. Financially too
Sekarang saya nak tumpu pada Amar, dan nak cari balik adik beradik dan kawan2 dulu yg saya tinggalkan utk minta maaf atas keb0dohan saya. doakan saya ya. – Anisah
Sumber: http://khalifahdunia.com via My Info Harian
Post a Comment